Jumaat lalu, ingatkan lepas opis hour nak terus gerak blk kampung untuk hantar Adam kat umh mak aku kat Trg, tetiba badan aku jadi seram sejuk...aikkk, rasa macam nak demam .... So, aku pegilah klinik malam tu, demam tak tinggi 38 degree jer, tapi kepala punyala pening.... jadi aku tido je la...anak2 dah sub kat bapa dia...Esok pagi dah ok sket, aku dah mula mengemas..... Ting tong ting tong buat apa yang patut, last sekali jemur baju, lepas solat Zohor baru gerak.... Alhamdulillah, tiba jam 5 ptg di sana.
Bermalam satu malam, besoknya kami da nak pulang kembali ke rumah, sebelum pulang ke Kuantan, sempatla aku beli kelengkapan adam utk masuk darjah 1 tahun depan..... pergi bersama suami aku, sepupuku aiman, adik bongsuku pian, n 3 anak menjadikan aku ditemani oleh 6 orang lelaki..... Sebenarnya, nak dikatakan, hampir 3/4 keluarga belah mak aku ramai lelaki.....yang herannya, mak aku 4 beradik semua perempuan. Sebagai anak sulung nenek, mak aku ada seorang anak perempuan (aku la tu) dan 5 anak lelaki...anak kedua nenek ada 2 lelaki dan seorang perempuan, anak ketiga nenek aku ada 3 perempuan dan 1 leleki (ni terbalik sket), dan anak bongsu nenek ada 4 lelaki. Dan aku mewarisi mereka dengan angka sekarang 3 anak lelaki.... Kalau ikut belah hubby pun tak kurang hebatnya, Adik beradik dia campur tiri semuanya 8 lelaki dan cuma seorang je perempuan... So, makin tak hairanla kalau anak2 kami setakat ini semua lelaki. Tapi, zaman sekarang, semua anak sama jer, janji menjadi anak yang soleh.... ( ayat sedapkan hati :).....
aku bersama adik bongsu, suffian
Kalau yang tak tahan tu, time diorang gaduh2.... mesti salah sorang ada yang nangis....
begitulah...ragam anak2 ku....di dalam keluarga LELAKI....
No comments:
Post a Comment