Sunday 18 December 2011

antara MQA dan Mak Mertua Aku (MMA)

Weekend lepas, aku menerima kunjungan MMA ( mak mertua aku), dari Terengganu.... sebenarnya dia adalah nenek kepada hubbby aku, tapi sebab dia dah jaga hubby aku sejak umur 10 bulan, so dia dah panggil nenek tu mak.... so aku anggap dia sebagai mak mertua la jugak.... Ni first time dia datang umah aku sejak 7 tahun aku kahwin, bukannya apa.... datuk hubby aku tu sakit, tak bleh bangun, jadik kami je la yang balik umah dia,.... aku faham, dia nak datang pun susah dengan suami dia yang guna kerusi roda... Nak cerita sket, mak mertua aku nie seorang yang pembersih, kemas sehingga pasu2 bunga rumah dia pun cuci.... salute la kat dia dalam usia hampir 70 tahun ni tapi masih larat buat kerja2 rumah, dibantu maid dia... Tapi bab masak2 dia yang buat....So dekat rumah dia, segalanya perfect... bagi aku, 1st time jumpa orang seusia dia yang sebegini hebat, yela, bangun seawal jam 5 pagi untuk mandikan dan siapkan datuk aku yang tak bleh bangun, masak sarapan jam 6 pagi, breakfast jam 8, masak blk jam 10 utk suami, jam 1.30 tlg suami ambik wuduk, petang, buat kerja2 rumah apa yang patut... jam 8 mlm siapkan makan malam, jam 11 tidur, itupun kalau dia dah puashati keadaan rumah dah bersih, kemudian, itulah rutin mak mertua aku sepanjang hari, bulan dan tahun.... Suami dia sakit sama usia dengan usia perkahwinan kitorang.... Dulu masa takde maid... dia buat kerja tu sendiri, tapi lepas dah ada maid, kurangla sket bebanan tugas dia..... Bab masak, dia berdegil nak buat sendiri.... bukan maid tak nak buat.... anak2 dkt sebelah pun ada, tapi dengan kudrat dia masih rasa boleh buat... Itu yang aku tabik dgn mak mertua aku ni.... Semua alatan dapur rapi tersusun, dari dapur ke bilik tidur dan setiap ruang semuanya bebas debu.... bukan calang2 orang aku temui rumah sebersih macam ni....
So, itulah yang buat aku sedikit risau dengan kunjungan balas mak mertua aku ni, Tup2.... dah selesai dia bermalam satu hari, aku tanya suami ada apa2 yang kurang , dapat ncr ke, apa ke.... Fuhh, lega...hasil audit memberansangkan....nasib baik dia tak banyak komen dengan rumah aku.... :)
Mereka tiba jam 2 petang sabtu lalu, aku adalah masak makanan yang dia suka, (bodek ke?)... 
Ikan kerapu masam manis, ikan siakap 3 rasa, gulai ikan kembung, bergedil daging, terung masak kentang, ayam goreng , udang masak sambal petai n sayur campur...... Yang datang 10 orang, campur kami sepasang jadik 12 org makan.... Penat.... adala sket2, tapi takpe bukan selalu dia datang....

Aku dah sediakan billik, tapi diorang berkeras nak duduk kat luar jer....


Anak2 aku bukan main excited lagi dengan kawan2 yang datang....
Sebelum ni, hari jumaat, makcik sebelah aku datang 4 beranak, singgah satu malam, sehari sebelum mak mertua aku sampai... so weekend lepas, aku menerima 2 kunjungan tetamu laa.,...
Happy coz hasil laporan audit berjaya..... Kalau tak berjaya pun apa salahnya, akukan dah berjaya menjadi menantu dia :)

No comments:

Post a Comment