
Okey, menurut pembacaan aku, diantara cara2 bagaimana kita boleh menyumbang terhadap penurunan GHG ini ialah;
1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.
2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam sekitar.
3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum
5. memasang alat penapis asap kilang
6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator
7. berkongsi kereta
8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai
9. menjalankan R&D
* yang diwarnakan itu sebenarnya semua boleh diamalkan dalam kehidupan kita seharian.
Tak gitu??
..
So,seboleh2nya, sebagai pengguna dan khalifah di bumi Allah ini, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga bumi kita dengan baik.... Hidup hijau....Go Green.....
Tak banyak, tapi adalah usaha aku untuk menghidupkan amalan 3R dikalangan keluarga kami.... kalau ada balang2 kaca tu, boleh direcycle, apa salahnya kita sayang sket pada dia..... jgn dibuang begitu sahaja....
Aku ajar anak2 untuk menghargai barang2 terbuang yang boleh diguna semula, Adam melukis menggunakan marker aku yang dah tinggal saki-baki tu, jadilah kreatif sket.... n gunakan board yang dah tak digunakan lagi sebagai kanvasnya.... Hasilnya, berbaloi...
Dan penggunaan beg plastik dekat rumah juga mula dikurangkan....Dekat jabatanpun, student diberi pendedahan untuk mengitar semua apa yang sepatutnya dikitar semula untuk menghasilkan produk yang bagi aku, hebat..... arca dari botol2 terbuang...
So, kita boleh mula dengan mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli di supermarket ke, kedai ke.... bawak sendiri beg untuk isi barang2 yang telah kita beli tadi.
...Selamat Mencuba :)
No comments:
Post a Comment