Wednesday, 21 December 2011

back to Architecture STUDIO

Sebenarnya, pada 3 bulan lalu aku menyertai satu kursus PPK  atau dengan kata lainnya Kursus Peningkatan Kemahiran, di Intekma Resotr, Shah Alam pada bulan 7 yang lalu.... Hari ni baru sempat nak letak hasil kursus kat n3 kali ni..... bukannya apa, sekadar berkongsi dan diabadikan dalam kenangan hidup aku....
 Inilah hasilnya.... lukisan persembahan dari aku....
Sebenarnya, dah lama aku tak melukis beria macam ni, dah 7 tahun aku meninggalkan Studio Architecture ini, so, terasa penatla juga nak back to school ni kan.... tak sudah dengan jadual kursus yang padat, kami diberi kerja kat bilik (tapau lagi)... So, start la stay-up malam2 buta macam zaman study dulu2.... 4 hari yang cukup memenatkan, tapi seronok kerana dari kursus ini, banyak juga yang aku dapat belajar dan polish mana2 bakat yang dah lama tak digilapkan ini....
 Biasala aku, dah memang seorang yang suka jot down everything input yang diberikan.... Dua2 tenaga pengajar adalah sepasang suami-isteri, dua2 Prof. dari UiTM,
Aku seboleh2 nya akan salin seberapa banyak input yang diberikan, dan yang penting untuk rujukan aku dimasa akan datang.....
 Semua teori yang diberikan amat berguna pada aku....

Hasil2 kursus dibentangkan untuk assessment.... 




Monday, 19 December 2011

bila aku dah mula bosan....

Alkisahnya masuk2 keja hari ni... ambik note book, jumpa kawan2 mqa dan terus menuju ke dewan 2 untuk mendengar ceramah dan bengkel OBE ( Outcome Based Education).... Betul sangkaan aku, tak sampai sejam dengar lecture...aku tiba2 jadi mengantuk dengan keadaan slide yang ditunjukkan kepada kami... black n white, penuh dengan tulisan jer....Ingatkan cuma aku sorang jer mcm tu, rupa2nya semua orang dlm dewan muka dah semacam.... Sah, mesti semua dah tak dpt fokus.... Dalam pada menyalin nota yang diberi, sempat lagi aku sketch satu dua related topic dan ada yang keluar topik pun, bukannya apa, untuk elakkan mengantuk.....
tulis
belek punya belek, rupa-rupanya ada jugak kursus terdahulu, topik obe jugak, aku melakar(maksudnya, faham2 sendiri laa)

Sketches hset tu  kawan aku, halim yang sketch...  sebenarnya we all memang suka melukis, termasuk en. marjo yang tak lepas dengan lukisan keretanya.... tapi takde gambar kat sini nak tunjuk...sketches tu aku simpan dlm buku sketch aku...


Aku memang suka lukis figures walaupun tak menjadi ni....

Jadi, kalau aku dah start sketch sambil dengar lecture.... paham2 je la.... boring + ngantuk la tu.... Esok sambungan kursus tu lagi, harap2 Prof tersebut boleh buat refleksi sebelum memulakan lecture day 2 supaya aku tak melakar lagi....
Moralnya, bukan senang untuk mengajar dan yang utamanya untuk memastikan semua pendengar fokus.....(tapi daripada dengar n masuk telinga kanan keluar telinga kiri, at least aku ambik nota dia dan yang tak sempat nak fill tu aku dah siap ambik softcopy utk study sendiri)....semangat aku untuk lebih fokus esok....

Sunday, 18 December 2011

antara MQA dan Mak Mertua Aku (MMA)

Weekend lepas, aku menerima kunjungan MMA ( mak mertua aku), dari Terengganu.... sebenarnya dia adalah nenek kepada hubbby aku, tapi sebab dia dah jaga hubby aku sejak umur 10 bulan, so dia dah panggil nenek tu mak.... so aku anggap dia sebagai mak mertua la jugak.... Ni first time dia datang umah aku sejak 7 tahun aku kahwin, bukannya apa.... datuk hubby aku tu sakit, tak bleh bangun, jadik kami je la yang balik umah dia,.... aku faham, dia nak datang pun susah dengan suami dia yang guna kerusi roda... Nak cerita sket, mak mertua aku nie seorang yang pembersih, kemas sehingga pasu2 bunga rumah dia pun cuci.... salute la kat dia dalam usia hampir 70 tahun ni tapi masih larat buat kerja2 rumah, dibantu maid dia... Tapi bab masak2 dia yang buat....So dekat rumah dia, segalanya perfect... bagi aku, 1st time jumpa orang seusia dia yang sebegini hebat, yela, bangun seawal jam 5 pagi untuk mandikan dan siapkan datuk aku yang tak bleh bangun, masak sarapan jam 6 pagi, breakfast jam 8, masak blk jam 10 utk suami, jam 1.30 tlg suami ambik wuduk, petang, buat kerja2 rumah apa yang patut... jam 8 mlm siapkan makan malam, jam 11 tidur, itupun kalau dia dah puashati keadaan rumah dah bersih, kemudian, itulah rutin mak mertua aku sepanjang hari, bulan dan tahun.... Suami dia sakit sama usia dengan usia perkahwinan kitorang.... Dulu masa takde maid... dia buat kerja tu sendiri, tapi lepas dah ada maid, kurangla sket bebanan tugas dia..... Bab masak, dia berdegil nak buat sendiri.... bukan maid tak nak buat.... anak2 dkt sebelah pun ada, tapi dengan kudrat dia masih rasa boleh buat... Itu yang aku tabik dgn mak mertua aku ni.... Semua alatan dapur rapi tersusun, dari dapur ke bilik tidur dan setiap ruang semuanya bebas debu.... bukan calang2 orang aku temui rumah sebersih macam ni....
So, itulah yang buat aku sedikit risau dengan kunjungan balas mak mertua aku ni, Tup2.... dah selesai dia bermalam satu hari, aku tanya suami ada apa2 yang kurang , dapat ncr ke, apa ke.... Fuhh, lega...hasil audit memberansangkan....nasib baik dia tak banyak komen dengan rumah aku.... :)
Mereka tiba jam 2 petang sabtu lalu, aku adalah masak makanan yang dia suka, (bodek ke?)... 
Ikan kerapu masam manis, ikan siakap 3 rasa, gulai ikan kembung, bergedil daging, terung masak kentang, ayam goreng , udang masak sambal petai n sayur campur...... Yang datang 10 orang, campur kami sepasang jadik 12 org makan.... Penat.... adala sket2, tapi takpe bukan selalu dia datang....

Aku dah sediakan billik, tapi diorang berkeras nak duduk kat luar jer....


Anak2 aku bukan main excited lagi dengan kawan2 yang datang....
Sebelum ni, hari jumaat, makcik sebelah aku datang 4 beranak, singgah satu malam, sehari sebelum mak mertua aku sampai... so weekend lepas, aku menerima 2 kunjungan tetamu laa.,...
Happy coz hasil laporan audit berjaya..... Kalau tak berjaya pun apa salahnya, akukan dah berjaya menjadi menantu dia :)

Thursday, 15 December 2011

jadual oh jadual

Start semalam lepas seminar hijau tu, aku terus siapkan jadual waktu pensyarah...... mujurla ada julia, sama portfolio aku, Jadual Waktu.... So, kalau time ni cuti Politeknik kebanyakan orang sedang cuti2.... kami duk pulun buat jadual waktu...so bz la sket time2 nak bukak poli ni....Thanks for Julia yang menjadi partner aku untuk buat jadual waktu ni, buat kali ke-3.... aku rasa kalau aku buat sorang2, alamatnya, tapau je la keja2 ni.... buat kat rumah, dengan bz nak kena audit mqa lagi, so banyak la keja sket compare sem2 lepas.... So, aku harap semua lect. senibina berpuashati dengan jadual sem2 ni.... aiii, keja buat jadual ni bukannya mudah, terutamnya bab2 nak puaskan hati semua pihak....


Seingat aku dulu, aku dah masuk portfolio ni dah 3 tahun setengah dah seingat aku. aku sorang2 buat jadual dibantu KP, tanpa Julia...... Masa baru2 masuk dulu, tak pandai lagi bab2 buat jadual ni...sebab dia ada banyak consideration yang perlu dikira.... Aku tak tau nak cakap, tapi aku rasa sepanjang bekerja dalam masa 7 tahun ni, tak pernah aku mimpi pasal kerja  kecuali kerja buat jadual ni.....ishhh, sebab orang nampak mungkin senang, buat draf n  mengadap komputer jer, tetapi realitinya kena jadi pemikir yang cekap utk memastikan semuanya goes fine... n meminimakan komplain semua pihak.... Komplain memang ada, tapi kalau kita dapat meminimakannya utk setiap semester, itu dah kira cukup baguss...
Namun sekarang, lepas dah dapat partner ni, ringan la sket kerja aku. Tq Julia, really meant it!

aku n Julia....
So, jadual waktu aku dah siap, dah boleh edar utk semua Monday ni..... hopefully semua org happy....

hijau dan kita.....

Aii, baru balik dari seminar hijau tadi, berkobar2 la rasanya nak sahut cabaran hijau yang telah dibentangkan tadi.... Well, kami komuniti pengajar ni merasakan sudah tiba masanya untuk kita menyahut cabaran mengurangkan penggunaan tenaga dalam rekabentuk bangunan.... Sebenarnya isu green technology atau green building ni sudah agak lama disampaikan, namun sejauh manakah perlaksanaannya di negara kita..... atau dalam skop yang lebih kecil, adakah kita sebahagian daripada rakyat yang menyumbang terhadap penurunan GHG di dalam kehidupan harian. GHG ialah pemanasan global dan kesan rumah kaca. Sebagaimana yang kita semua maklum, pemanasan global yang disebabkan oleh peningkatan suhu global boleh menyebabkan perubahan iklim. Lihat saja iklim dunia sekarang, tak perlu lihat jauh, lihat saja di negara kita, iklim tidak menentu dan suhu semakin tinggi.... Silapnya dimana, ramai diantara kita menyalahkan kemajuan.... Realitinya,  kita tidak boleh menolak kemajuan kerana kemajuan teknologi dan kemajuan intelek adalah lambang sesebuah tamadun.... apa yang penting bagaimana mengurus dan mengatur kemajuan tersebut.... 

Okey, menurut pembacaan aku, diantara cara2 bagaimana kita boleh menyumbang terhadap penurunan GHG ini ialah;


1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.
2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam sekitar.
3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum
5. memasang alat penapis asap kilang
6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator
7. berkongsi kereta
8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai
9. menjalankan R&D


* yang diwarnakan itu sebenarnya semua boleh diamalkan dalam kehidupan kita seharian.
Tak gitu??
..
So,seboleh2nya, sebagai pengguna dan khalifah di bumi Allah ini, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga bumi kita dengan baik.... Hidup hijau....Go Green.....
Tak banyak, tapi adalah usaha aku untuk menghidupkan amalan 3R dikalangan keluarga kami.... kalau ada balang2 kaca tu, boleh direcycle, apa salahnya kita sayang sket pada dia..... jgn dibuang begitu sahaja....

Aku ajar anak2 untuk menghargai barang2 terbuang yang boleh diguna semula, Adam melukis menggunakan marker aku yang dah tinggal saki-baki tu, jadilah kreatif sket.... n gunakan board yang dah tak digunakan lagi sebagai kanvasnya.... Hasilnya, berbaloi...
Dan penggunaan beg plastik dekat rumah juga mula dikurangkan....Dekat jabatanpun, student diberi pendedahan untuk mengitar semua apa yang sepatutnya dikitar semula untuk menghasilkan produk yang bagi aku, hebat..... arca dari botol2 terbuang...

So, kita boleh mula dengan mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli di supermarket ke, kedai ke.... bawak sendiri beg untuk isi barang2 yang telah kita beli tadi.

...Selamat Mencuba :)

Friday, 9 December 2011

.....aku buat buku...

Akhirnya....lega....kerja penerbitan utk mqa aku selesai dan telah diterima oleh boss... dalam masa 3 hari ni, punch masuk kul 8 jer, aku mengadap kerja buat student guide book ni. Asal jam 5 jer, tangan tak nak behenti...bukannya apa, takut tak sempat siap. Sebab tu la, kalau anak aku da tido kat umh, aku sambung buat kerja nih... 53 page termasuk cover... Nasib baik la aku suka buat kerja2 penerbitan ni... nak kata otai tu tidak, tapi lepas la utk buat banner n backdrop jabatan, magazine etc.... Setelah beberapa kali amend, akhirnya.... final dan boleh dicetak minggu depan...

Antara student achivements sepanjang 2009-present...

dan pada 2009
dan antara gambar2 aktiviti senibina yang dijalankan di jabatan....
Kalau nama pun buat buku, mesti sikit sebanyak selit la sket gambar kita kan..... Hahahaa, bila lagi nak mengada masuk buku kan, takkan penat2 buat takde... kalau orang lain buat, belum tentu ada gambar kita kan.... Kalau betul2 glamor tu adala kot... So, mana aku, tuuu.... barisan depan paling tinggi.... hahahaha lagi perasan....

itulah dia buku aku... Semua gambar2 yang dimasukkan dlm buku ni semuanya yang pernah menang award apa2 ni....

dan dia punya belakang.....

so tamat siri buku 2011..