Pada 21-23 Mac baru2 ini, aku berkesempatan untuk menyertai satu seminar yang aku rasakan cukup bermakna memandangkan tajuknya lebih kurang sama dengan apa yang aku ajar selama ini. Perjalanan untuk ke Melaka mengambil masa lebih kurang 6 jam, itupun kawan aku menolak utk lalu ikut Kuala Lumpur, lagi jauh...So kami ikut Muazam - Segamat - Tangkak then masuk Johor sikit terus ke Melaka.... Sesat?? Adala jugak time dah sampai bandar Melaka, walaupun dia bandaraya yang agak kecik, tapi banyak jalan sehala... so makan buah langsatla kami.... maklumla, bukan selalu datang kat sini, seingat aku, last aku datang tahun 2009 lalu.
Tak sampai 24 jam, kami bertolak kembali ke Kuantan untuk bekerja hari Isnin, aku bertolak ke sana hari Selasa....
Perjalanan di Melaka ikut Segamat tu memang aku rasakan lama, dulu pernah jugak ikut sini, tapi waktu malam, kali ni siang, kiri kanan pokok2 sepanjang jalan.....
Tak silap aku,pemandangan belakang tu adalah Gunung Ledang.... time ni kat Ledang.
tadi bertolak jam 10, jam 4 aku sampai kat Melaka..... sungguh mengujakan..
Setibanya disana, kami terus ke Best Western Hotel, dulu tak silap aku nama dia Riverside Hotel...dan melalui hotel, aku dapat melihat pemandangan Sungai Melaka yang cantik, serta boleh nampak selat Melaka..
dan yang ini semasa kedatangan Inggeris (kemasukan Cina dan pengaruhnya pada rumah kedai...)
Kalau weekend, Melaka ni penuh dengan pengunjung, hari aku pegi ni hari kerja, so tak ramai sangatla tourist..
Ni pulak adalah replica kapal yang karam di Melaka,ia merupakan replika kapal
Flor de La MarIni adalah Bandar Melaka kini….
Dan semua rumah kedai tinggalan sejarah….
Daripada apa yang aku dapat lihat, dalam tahun 1928 pun masih wujud …
Inilah tempat dimana seminar dilangsungkan..
Petang tu sempat aku jalan2 ke Pantai Klebang coz masa sampai belum lunch, so lunch kat pantai tu…
Esoknya, seminar dimulakan dengan 3 orang speaker, dua daripadanya perempuan, YM Dr. Raja Nafida Binti Raja Shahminan dan Dr. Hashimah Wan Ismail dan present utk memenuhi keperluan utk mendapatkan Professor. Seorang lagi adalah arkitek dari Melaka, Mr. Roy Tan.
Sempatla ambik nota untuk seminar ni….
Try to sketch arkitek yang tengah cakap ni, nampak macam seniman gitu..tak sure nama dia..
Dan yang dalam bentuk poskad tu, aku sketch VIP ni, Dato’Lim dari Tourism Melaka…
Kami sempat turun padang untuk meninjau sendiri 3lot rumah kedai yang akan di ‘adaptive reuse’ untuk dijadikan hotel
So, 23 hb aku bertolak ke Kuantan,
Tiba di rumah dengan selamatnya….
Sempatlah aku sketch sket2 kat Tamat ....
No comments:
Post a Comment