16 November 2004, tarikh kami disatukan.
Tup tup, anniversary pertama aku disambut meriah dengan kehadiran baby boy kami, time tu dia berusia 17 hari. Muhammad Adam Daniel nama diberi. Sebenarnya, aku dah simpan nama adam daniel ni dah lama, masa study kat u dulu, time ni nama tu tak glamor lagi, tapi time dah daftar nama dia, nama adam cukup glamor...tapi ntahla...macam seronok je, nama first tu adam, sempena nabi pertama, Nabi Adam a.s.
Ni lah dia, hero pertama kami...semoga menjadi anak yang soleh...amin...
Nak dipendekkan cerita, selang tiga tahun lepas tu adam dapat adik, juga hero.... Muhammad Aman Darwish namanya...
Muka kedua2 hero aku ni kalau diamati betul2 mungkin ada iras, tapi ramai yang kata lain sangat dua beradik ni..... No komen, tapi mungkin betul jugak, aku tgk makin hari makin lain, sifat pun lain...tapi takpe, semuanya anak kami juga... Aman lahir pada 30 Ogos 2008... sehari sebelum merdeka....
Nak dipendekkan cerita sekali lagi, lepas dua tahun iaitu tanggal 13 Jun 2010, buat kali ketiga aku selamat melahirkan seorang lagi hero, Alhamdulillah....
Hero ketiga ini aku namakan Muhammad Asif Firdaus, berat lahir 3.5kg.... Time duk dalam bakul tu dia sebenarnya baru berusia dua hari, tapi macam budak dah besar.... dia membesar dengan cepat, 3 bulan usia dah cecah 7.5 kg.... kalah abang2 dia, tapi bila da dapat kaki, badan dia dah tak sebesar dulu... ye la, buat apa besar2, janji sihatpun dah ok kan.
Mata dia coklat, sama mcm bapanya.... aku suka mata coklat...
........................................Setelah hampir setahun berlalu dengan kehadiran hero ketiga, beginilah kami.... keluarga ayie-alin.
Selang dua tahun lepas tu...puteri yang ditunggu2 telahpun tiba...Alya Zahra nama diberi...maka, lengkaplah keluarga kami...
So, begitulah aku, ibu kepada 3 hero 1 heroin....
isteri kepada seorang suami yang dikenali 15 tahun lepas... seorang
pensyarah senibina, peminat seni halus, suka melukis, suka memasak dan
menjahit... :)
No comments:
Post a Comment