Kali ni aku bertugas 3 kali pada hari portfolio. Utk student architecture, portfolio sama jugak macam final viva etc. So, pada hari ini diorang wajib hadir dan present kepada kami tentang projek rekabentuk yang telah dilaksanakan. Pada first day aku bertugas, menjadi panel untuk pelajar SSB4, last batch for certificate programme.
Bangga jugak aku dengan design beberapa orang student kali ni, ada peningkatan....
Masih aku ingat masa time aku study architecture dulu, sama macam diorang, sahkan tido, makan minum tu pun tak berapa nak cukup.... bukan sebab takde duit, tapi tak berapa ada masa. TAPI, lepas je submission, kami akan berjalan2 , shopping n qada tido...hehe.. Seronok ingat balik time student dulu. Aku rasa, architecture memang macam tu, bukan belajar aje, waktu keja pun sama, sebab tu aku berhenti jd arkitek dulu, tak tahan tambah kalau dah beranak pinak. Tapi takpela, mengajar architecture ni pun seronok jugak, dlm bidang kira okla tu....
Pada keesokan harinya, aku menjadi panel untuk DSB3A dan 3B pula, student diploma senibina semester 3.
Hasil persembahan diorang ada yang bagus dan ada yang tidak, yang aku tunjuk ni antara yang ok la...
Tapi aku rasa overall tu bagus dan fresh ideas from them....
Antara gambar board presentation yang sempat diambil.
Masa student ni memang kita rasa penat, tapi sebenarnya masa da keja ianya berbaloi kerana pengalaman yang ditimba itu akan dibawa sampai ke tua...
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dan sebaliknya.
Dan penutup minggu portfolio, mestilah semester yang aku ajar, DSB6, semester akhir sebelum diorang grad. Tapi jadual kali ini padat, coz sehari sebelum portfolio tu, aku n student DSB5 dan 6 kena pergi majlis Closing Ceremony Nippon Paints Young Designer Award dekat Shah Alam Convention Center. Bayangkan dengan kena siapkan markah diorang lagi, aku bertungkus-lumus bersama dengan student dan lecturer lain menyiapkan costum utk diorang pakai waktu events tu...
Costum daripada bahan terpakai, seiring dengan tema yang diberi...
Penat tak payah kira la, petang buat kostum, subuh esok da kena gerak ke Shah Alam, balik jam 8 ke Kuantan, sampai jam 1 pagi dirumah. Aku balik anak2 dan hubby da tido. Aku tak terus tido, tapi bukak laptop siapkan markah diorang sampai jam 3 pagi. Esok portfolio jam 8.30 pagi, perghh... penat tuhan saja yang tahu... bukan aku saja, tapi student semseter 5 dan 6 especially coz diorang akan ada sesi viva tu dan juga lecturer yang jadik panel ( semua lecturer sama yang pegi ke SACC tu). Tapi alhamdulillah, semua da selesai.
Panel tengah pening ker??
Good Luck To U All!!...