Sunday, 8 April 2012

06042012- Build & Break JKA

Aku selaku juri build n break JKA Jumaat lalu berkesempatan untuk melihat sendiri proses pembuatan model bridge daripada 24 kumpulan pelajar... Johan akan dicalonkan ke pertandingan Build & Break yang berlansung bulan 9 nanti di UNITEN. Macam kenal tak box2 kat belakang tu, hmmm 2 hari lepas aku guna utk pameran elektif, so penganjur berkenan, guna semula utk buat backdrop kali ni.... So, ada la manfaatnya kan..
Bahan2 dia, pencucuk sate yang jumlahnya dihadkan, masking tape, tali dan itu sahaja. So struktur akan diuji dari segi ketahanannya menanggung beban dan satu lagi estetik... So daripada banyak2 team, satu team sahaja dari Senibina (memang students senibina especially sedang menyiapkan final presentation diorang), itu la yang tak berapa nak masuk agaknya... 
 En. Rizalman selaku person in charge dan pembuat soalan, membuat satu taklimat sebelum pertandingan dimulakan... Yelah, sebelum apa2, kami pihak urusetia mestilah membuat satu model bagi menunjukkan soalan yang dibina adalah realistik...model di sebelah telah dibina sendiri oleh dia..



Masa yang diberikan kepada semua adalah dua jam....

Antara produk yang terhasil...


 So keputusannya, pertama utk struktur mestilah pelajar kejuruteraan awam semester 3, dan pertama utk estetik mestilah student architecture....

 Sekian..





No comments:

Post a Comment