Monday, 9 January 2012

pertama kali ke sekolah


Menjadi ibu kepada anak bersekolah menjadi cabaran baru dalam hidup aku. Aku mesti memastikan Adam diuruskan dengan baik sebelum masuk sekolah setiap pagi. Kalau sebelum ini aku tak terfikir memasak sarapan sebelum masuk opis, tapi sekarang keadaan dah berubah. 

Sekurang-kurangnya aku perlu menyediakan sandwich untuk anak aku ke sekolah. Orientasi sekolah Jumaat lalu mengajar aku tentang kesabaran dan menempuhi perkara yang telah ditempuh oleh ibu2 diluar sana yang mempunyai anak bersekolah termasuklah ibu2 kita. Bezanya, mungkin sesetengah dripada mereka tidak bekerja dan menjadi surirumah ketika itu. Hari Rabu lalu merupakan hari pertama sesi persekolahan untuk tahun ini bagi negeri Pahang dan kebanyakan negeri di Malaysia. Adam sungguh teruja untuk ke sekolah. Bangun pagi tidak sesukar sebelumnya dan lengkap berpakaian. Dia bukannya tak biasa ke tadika, namun aku agak risau dengan suasana baru yang bakal ditempuhi, kawan2 dan guru2 baru, kelas baru dan paling cuaknya tandas baru… Aku mengambil cuti bagi menemani dia, biarpun sekadar tunggu di kantin sekolah.. Waktu rehat sempat aku mengajar dia ke tandas yang baru, buka kasut, stoking, pakai selipar dan bagaimana nak pakai semuanya semula….
Serentak dengan itu, semester baru telahpun bermula minggu lepas, so ni dah masuk minggu ke-3 mengajar...faham2 sajala, ada banyak perkara yang perlu diselesaikan.... nasib baik aku pegang lagi subjek yang sama dengan semester lepas, so kurangla sket problem.... hopefully, dengan gandingan yang sama.... harap2 semuanya berjalan lancar.... Tapi bz la sikit, sebab tu baru dpt tulis utk n3 kali ni....

 Harap2 aku lebih tabah menempuhi segala2nya... asam garam kehidupan....

No comments:

Post a Comment