Friday, 30 November 2012

lambatnya abis pantang - day 34

huh, lambat betul abis pantang, tapi aku ni layan diri, tak gaya org berpantang. hubby aku buat serbi2 masa 2 minggu pertama.. tq abg, lepas tu. pandai2 la self service...nak makan, kena masak, nak lipat
baju, kena cuci dulu... hehe. kalau dah beranak ramai, lagu ni la gayanya...ni Alya jenis budak baik, nangi time nak susu n tukar lampin jer, issshhh... baik sungguh, anak sapa la ni!
pagi2 dah bangun, lepas bg susu n tukar lampin, tido balik...

bagus anak mama....

pulang ke rumah akhirnya...

Kat rumah bersama Alya sudah 10 hari, dan usia Alya sudah 33 hari... tak lama aku kat ward menyusukan Alya... cuma 2 hari, syukurla.... So, sekarang, jaga Alya sendiri dekat rumah buat aku kekok... bukan sebab tak pernah mandikan anak2 aku sebelum ni, tp dek saiz dia yang agak kecil n comel tu la.... takut aku nak mandikan.... maklum la anak 2 dulu sema 3-3.5 k, kali ni Alya just 2.2 kg, alahai....


Saturday, 17 November 2012

Tidur dekat wad bersama Alya

Akhirnya, mlm ni aku dipanggil oleh pihak hospital untukmenemani Alya... so secara tak langsung, mungkin dlm seminggu lagi dapatla Alya pulang..... seronok tak terkata...

Thursday, 15 November 2012

melawat Alya di hospital....

lega sikit hati ini pbila melihat berat bdn bb aku ni naik... dan perkembgn terkini, Alya sudah diberikan susu dgn cwn kecil, bukan lagi ikut salur yang dipasang.... menurut nurse tadi, Alya akan dpt balik dekat2 dgn due date sebenar... maksudnya dlm bulan 12 jugak la jawabnya.... Takpela, janji Alya sihat!



Wednesday, 14 November 2012

dari oven kecilku II

biskut ni aku guna puff pastry dough yang aku buat semalam, dough tu kena sejukkan dlm peti ais dulu....

percubaan kali pertama - Puff Pastry

asyik tgk Asian Food Channel aje kerja aku, itulah sebab aku asyik nak cuba buat doh pastry sendiri....

Monday, 12 November 2012

sayalah Alya Zahra

inilah gambar puteri mama, itupun diambil senyap2.....
gambar Alya diambil selepas 11 hari dilahirkan....sekarang Alya telahpun berpindah wad ke SCN .... sebelum ini dia dekat wad NICU.... so, aku dah lega sikit... harapan aku agar Alya cepat balik ke rumah....


Thursday, 8 November 2012

dari oven kecilku!



jgn salah faham, aku masih lg berpantang n bertungku seperti biasa, cuma hr ni terasa nak bakar2; tak lama pun...jgn marah mama:







Monday, 5 November 2012

barang2 utk Alya.....

Memandangka ini merupakan kali pertama aku menimang cahaymata perempuan, maka... bykla kelengkapan baru dibuat.... baju abg2 gaya boy, langsung tak kena, sebelum Alya lahir, sempatla aku shopping bj dia, mlm td suami aku ada beli sket brg utk dia, mcm kelakar jer aku rasa... selama ni asyik bw blk brg warna biru... tiba2 kali ni dah pandai shopping brg2 warna pink... tq abang....

Sunday, 4 November 2012

berpantang....day 7

adam : spegetti
mama: bubur oat, begitulah makanan dlm pantang.... kalau bosan, aku buat2 bunga 5minit ... takde kejala katakan... dan buat sketches,bosannya tanpa Alya dpangkuanku!... ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik untuk Alya Zahra dan cepat2 dpt blk ke rumah kita:)



hujan oh hujan....

dari tadi, hujan belum reda...... mendung... tap hujan itu kan rahmat dariNya. so, baju kain aku ada yang masih tak berjemur lagi.... Tengahari aku masak sup ayam n sayur sawi aje..... semua sudah siap... hari ni tak sempat nak lwt bb coz hubby aku kurang sihat.... So, pegi esok jer la....

Saturday, 3 November 2012

yess...


jenguk Alya Zahra kt hospital

hari ni merupakan hari genap seminggu Alya Zahra lahir, aku cukup gembira kerana buat kali ke-3, aku melawatt Alya. Petang ni, aku pun nak pegi lg. Semalam,waktu dihospital, aku sempat mengusap  dahi dan badan sikecil tu....dan apabila jariku membelai jarinya, tiba2 Alya bereaksi menggenggam kembali jariku,..Dia dimasukkan kembali ke dlm inkubator akibat jaundis... harap2 Alya cepat sembuh...So, kalau dikira, minggu ni genap Alya 34 MINGGU BR KALAU MASIH DLM KANDUNGAN,......

Lambatnya masa berlalu....

yelah, tgk jer tajuk dah tau aku agak bosan sehari dua ni bukan... mana taknya, kalau dah 5 hari berpantang tp masih belum boleh bersama2 bayi baru lahirku... tapi takpe, demi tuntutan kesihatannya, Alya terpaksa ditahan di wad, harap2 dpt pulang cepat... mama terlalu merinduimu...Petang ni, kalau takde aral melintang, sampailah mama ke hospital....nak jumpa Alya...Aku baru 3 kali melihatnya, masih tidak boleh nak gambarkan bgmana rupanya secara terperinci...Pihak hospital juga tak bagi kami ambil potretnya... takpela, sabar, moga2 Alya cepat balik ke pangkuan mama....

Friday, 2 November 2012

berakhirlah sudah penantian...puteri muncul jua:-)


Akhirnya, teki2 tentang jantina bb aku terjawab sudah, pada tanggal 28 Oktober 2012, lahirlah seorang puteri buat penyeri hidup kami... dengan kelahiran awal yang tak dijangka2, maka seluruh keluarga kami sedikit sebanyak merasa kekalutannya. Alhamdulillah, setelah menunggu hampir 8 tahun untuk menimang cahaya mata perempuan, akhirnya Allah memakbulkan doaku... Akulah org yg plg hepi.... memang waktu scan da nmpk perempuan, tp itukan dlm perut lg org kt, tak tentu betul salahnya, sekarang aku boleh tersenyum... hepi sangat. mengapa awal sangat? Yg itu tak boleh aku jawab....  Tuhan maha berkuasa, Alya Zahra dilahirkan secara normal namun dlm tempoh kandungan ketika itu 33 minggu seberat 2.2 kg, bb aku ni terpaksa dimasukkan di dlm incubator, tp sejak dua hari lepas, telah bernafas sendiri dan telah menunjukkan reaksi positif, telah minum susu badan walaupun menggunakan salur khas... thankfull for Allah...Aku sekarang ternanti2 untuk melihat bb ku keluar dari hospital, so setiap hari suamiku akan menghantar susu kepadanya di hospital, walaupun masih belum menyusu secara biasa, namun dari susu ibulah pengikat kasih sayang mama terhadap Alya. semoga Alya cepat balik ke rumah, semua org menunggu!




Aman n asif terpaksa dihantar ke kampung, rindunya aku, huhuhu!

Sunday, 7 October 2012

biskut di hujung minggu...

Sejak kebelakangan ni, mood aku untuk buat biskut n kuih makin menjadi2.... setiap hujung minggu, mesti aku dpt idea utk buat biskut2 ni.... bukan nak makan sangat sebenarnya, tapi dah jadik seronok bila dapat buat tgk anak2 dan jiran2 makan....
Cuba tengok gelagat hero2 aku bila dapat peluang bergambar, bukan main nak posing, macam2 gaya ada... dan yang tahan cuba2 nak usik biskut aku yang belum dimasak.... Kalau aku tgk mat2 saleh buat biskut kasi anak2 uli doh sekali, tapi tidak aku.... aku tak suka sesiapa kacau sehingga semua  keja dah selesai... Makan boleh
So, pada hari semalam, aku siap buat 3 jenis biskut, tart telur, biskut cornflakes n tart kurma.... So, berkira2 utk buat kek pulak minggu depan.... ye ke??

Wednesday, 3 October 2012

hehe.... berita gumbira

Minggu lepas, nak dijadikan cerita, aku pegila scan bb dlm perut nih.... mcm tak caya jer apa yg doc. n aku nampak.... bb girl,... setelah 8 thn tunggu bb girl.... akhirnya aku berpeluang dgn izinnya... tapi kata org, kalau scan nampak boy, itu lebih pasti... tp biar apa org nak kata, aku tetap berdoa agar bb yang lahir sihat n sempurna, tak sabar nak tunggu bln 12 ni, hepinya...
akupun dah mula berkira2 dan berangan nak beli baju pink2 n gurly2.... ishhh maklumla, abg2 dia 3 org hero.... mcm confident jer aku ni kan.... apapun teruskan berdoa... time aku scan tu 4D , so nampak agak jelas la, tp dengan izin Allah jua... so, Tunggu!!

Tart Custard hujung minggu...

Hujung minggu lalu, terasa boringnya...En. hubby start bulan 6 hingga hujung tahun nie, setiap Sabtu Ahad pulak ada kelas sampai petang, so aku dgn 3 anak boring jer kat rumah.....di tambah pula dah lama jugak tak masak, tetiba aku jadik teringin nak buat tart buah... sejak masak trifle 2 minggu lalu...hujung2 minggu ni aku duk melayan la selera aku nak makan apa... maklumla, sejak berbadan dua ni, macam2 teringin...;) Nak buat dia tak la susah.... aku biasanya buat crust dia dulu sehari sebelum masukkan filing....Biar doh tadi dlm peti ais 24 jam, keluarkan..biar sekejap... then masuk acuan...bakar. Utk crust aku gunakan 1 ketul mentega (buttercup), 1 biji telur, 1/2 cawan gula kastor n 1 1/2 cawan gandum . Cara buat doh senang jer, pukul buttercup dgn telur, masukkan gula kastor, pukul lagi, add vanila n pewarna kuning sikit... last sekali masukkan gandum.... Uli (biasanya time uli tu,tambah gandum hingga dia tak melekat kat jari,stop letak gandum...(sebab dia tak sama dgn buat biskut tekap yang perlukan doh keras sket)... Then masukkan doh tadi dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam... esok bila nak buat... keluarkan la....

 Untuk filing pulak, aku biasanya guna full cream, custard, telur dan gula kastor n vanila yang dicampurkan dan dimasak dengan api perlahan.... Lepas dah pekat, aku masukkan ke dalam crust yang siap dibakar tadi, dan bakar sekali lagi tambahan dalam 5 minit nak kasik custard tu masak cantik dlm acuan, lepas tu... hiaskan dengan buah2 segar.... itu jer... 

Tengok, tak sempat2 nak ambik gambar tart nie, sampai tak sempat salin dekat pinggan comel2....





Wednesday, 26 September 2012

Kerja-kerja Lukisan Terukur di Sungai Lembing, sesi Jun 2012

kerja2 lukisan terukur telah bermula sejak awal semester lagi, so... sekarang merupakan kerja2 dokumentasi drawing dan juga pembuatan report. So, aku harap students tiada masalah sebab dah gabungkan kelas design dengan terukur ni..... 

Daripada data yang diperolehi, projek design pula melibatkan kerja2 adaptive reuse bangunan yang diukur tadi...






makin manja:-)

sejak nak dapat bb nie, makin manja anak ke-3 aku, mcm2 perangaila dia buat, kadang nak minta dukung la, kadang tak nak pakai pampers la, kdan selalu bila mandi, tak nak keluar dr bilik air- alasan nak main sabun:. hmmmm, jenuh jugak aku nak melayan kerenah ke-3tiga hero aku ni.. dulu dah isytihar tak masak, tapi sebulan puasa aku masak n puasa penuh, tp sejak kdgn dah masuk 7 mths ni tak lrt (malas) sebenarnya nak msk lps blk keja: sori en. hubby, terpaksa tapau mkn dr kedai every nite

Thursday, 13 September 2012

Trifle - percubaan kali pertama


"Esok potluck,  jamuan utk majlis perpisahan Izzatul, pelatih praktikal" ...ujar kawan aku, So, aku mula berkira2 nak bawak apa esoknya.... Last2 dapat idea buat trifle, aku gelar ni duo-trifle coz bukan 3 layer, tapi 6 layer memandangkan bekas aku tu tinggi sket.... carik bekas yang leper2 kaca takde pulak... takpe la, kan ke ni percubaan kali pertama. So, aku susah ati jugak takut tak jadik, coz aku main tak ikut resepi, iyelah ...takut jugak kalau custard tu terlembik ke, terkeras ke, jeli pun sama, aku dah iku instruction, tapi tgk2 dia keras.... nasib baik aku tak start tuang lagi, so terpaksala aku ejas mengikut kehendak aku.... So, proses membuat layer nie takdelah susah benar, tapi makan masa sket coz nak bagi setiap layer nampak cantik, kenalah sabar sket, tuang, masuk peti sejuk, pegi aron baju dulu, selesai, sambung balik buat layer...macam tu la ceritanya....Aku buat dua utk dibawa ke opis hubby satu ... Pagi ni, kawan2 kata rasa OK, aku pun hepi la ;)

Lain kali boleh la buat lagi, takde la susah sangat ;)





Tuesday, 11 September 2012

Lawatan pelajar SK Indera Mahkota ke studio Dsb3

Pada hari rabu lepas, semasa berlansungnya portfolio pertengahan, kami ada tetamu cilik dari sekolah rendah Indera Mahkota....so lawatan 120 orang pelajar cukup meriah, salah satu tempat yang dilawati adalah studio kami, mujurlah masa diorang datang, adanya mid term portfolio, so students2 cilik ni dapat la melihat board presentation dan model..... So, nampak students lelaki lagi excited nak bertanya.... n suka tengok model2 bangunan ni, that's why la diorang lebih ramai yang cenderung menjadi arkitek berbanding perempuan.....
                                               

Friday, 7 September 2012

perhimpunan bulanan POLISAS

Aktiviti POLISAS pada bulan Julai & Ogos 2012

Jamuan Hari Raya di Jabatan

Hari ni, jabatan aku suatu majlis jamuan hari raya sempena menyambut Syawal ini, so jamuan bermula jam 9.00 pg macam tu, tapi disebabkan hari ini pelajar kelas aku turut terlibat dengan portfolio pertengahan dari jam 8-10.30, maka, terpaksalah aku turun untuk sesi bergambar sahaja sebelum naik kat tingkat 3 balik utk menyambung portfolio tersebut.... Nasib baik la student aku turut menjamu kami dengan nasi lemak best n triffle buatan sendiri ;).... So, sempatla aku berposing sket2 dgn kamera orang....Tapi belum boleh post sebab masih tak ditransfer oleh depa ;) Aku dapat duduk kerusi depan yang memang dikhaskan utk ibu2 mengandung n VIP2...hehe, perasan sebagai VIP sekejap... Sebenarnya, jabatan aku terdiri daripada 115 pensyarah dan 10 orang staf sokongan :), tapi disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan, lebih kurang 35 orang tak dapat hadir dalam sesi bergambar kali ini ;)...

Monday, 3 September 2012

measured drawing at el- Dorado

Pada 3 hari lalu, aku sempat untuk turun ke site, memantau kerja2 pelajarku untuk membuat lukisan terukur di Sungai Lembing.... Sungai Lembing pada zaman dahulu merupakan bandar perlombongan bijih timah yang cukup terkenal kerana ia merupakan lombong yang mempunyai terowong terdalam di dunia....... Ni antara gambar2 aku dan studentku disana.