Monday, 27 August 2012

berdebar menunggu kehadirannya....Disember 2012

Salam semua, tgk jer pada tajuk ni mesti semua heran, apa lagi yang ditunggu aku.... Disember ni.... kalau dipanjangkan umur, aku bakal menimang seorang lagi cahaya mata.... :) . So, sekarang, walaupun baru 6 bulan lebih, aku dah lebih2 sibuk mencari nama utk bakal anakku nanti ( walaupun pada awalnya suami aku dah minta dia menamakan bayiku utk pertama kalinya)..... So, persoalannya sekarang,  boy or girl? Tak dapat aku jawab, coz walau dah ada jantina dengan usia sekarang, aku belum scan :).... Semua kawan2 mesti tertunggu2.... utk aku menimang samada bb boy.... dan mudah2an ada yang berdoa utk dpt bb girl.... Aku tak kisahlah (pujuk diri-sendiri), tapi yang paling penting bb tu sihat dan sempurna, itu sudah memadai...
Lepas tu, aku mulala berangan2, bb yang bakal lahir ikut muka sapa.... ku, abah dia or anak2 ku yang bertiga tu..... jeng2 jeng.....

Adam- anak pertama



Aman - anak ke-2

or Abah diorang....

Asif - anak ke-3


Orrr.....mama dia,
Tunggu, Disember nanti ;)


Salam Lebaran 2012

Hari Raya tahun ini cukup meriah dengan kami seluruh keluarga berhimpun dikampung nenek di Terengganu... So, iftar terakhir pada Ramadhan 2012 telah disambut meriah..... Mak aku sempat masak nasik minyak,... aku orang last tiba, jam 5 pm mcm tu.... So segalanya berjalan lancar dan tema untuk famili kami kali ni hijao...go green.....

Wednesday, 15 August 2012

Anak tak berselera makan: Try cara ni!

Kadang-kadang, rasa susah hati walaupun kita dah masak penat2 , anak2 tak jeling, apatah lagi sentuh pun taknak........ Anak sulung aku pun sama jugak.... pemilih sangat dan makan ikut mood dia, susah ati aku dibuatnya.... So, kat sini aku nak share beberapa keping gambar yang membuatkan anak2 teruja..... tapi proses nak buat tu renyah sket la..... tapi demi anak2, apa saja kita lakukan.....
hmmm...looks yummy, mak dia pulak yang lebih...
Aku dapat gambar2 ni dari satu blog vierly borahima.... so dapatla share dgn kengkawan...
Kalau dah puas usaha, last sekali bagila ubat cacing dan bawa berjumpa doktor!!

Tuesday, 14 August 2012

koleksi hasil kerja pelajar lepas2 - "MY PET SHELTER-habitArt Exhibition




Sesi mempromosikan drawing n berkenal2 lan.... hehe
Ni la tuan punya gambarnya, Azri...baju biru kat bawah (TQ- cantik gambar2 awak)
Sebenarnya, ni warm-up project, lepas diaorang cuti.... 2 week project , model + drawing, sebelum membuat projek yang sebenar ;)



Kerja Amal :Painting Untuk Kawan

3 bulan lepas sempatla aku buat painting untuk kawan aku Badriah...dia baru naik cuti sebenarnya dan cuba nak berjinak2 dlm melukis painting... So, aku tolong la buat painting tu bersama dia :). Semoga dia suka..
So, aku guna acrylic sepenuhnya..... 
So, inilah hasilnya... sekarang dah selamat digantung di Kelantan menurutnya :)


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H

Kepada semua pembaca yang beragama Islam..... Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H. Semoga hari raya kali ini memberi kebahagian kepada anda semua.....

Wednesday, 8 August 2012

bz, bz dan bz lagi...

Tau takpe, itulah ceritanya dengan aku sejak dua menjak nie, bz memanjang....kat opis, kelas dah mula, satu lagi dengan keluarnya portfolio jabatan yang baru ( tapi portfolio aku tak baru2 jugak, sama jer, apala nasib badan), biasala pertama Ketua Penyelaras Penerbitan Jabatan, Penyelaras jadual Waktu dan Penyelaras MQA ( akradetasi), sumenya pasal dokumen, doc, doc dan lagi....so itulah sebabnya aku tak ada banyak masa nak update n3 ni, ikutkan dah bersawang jugakla blog aku ni.... tapi, hari ni sempatla aku curi nak update, itupun lunch hour, kita tak lunch coz puasa sebulan. ( InsyaAllah penuh Ramadhan kali ni ;)... So, semalam buat apa, mqa la, pastu pergi check up, bb sihat, dah hampir 22 week, alhamdulillah.... Rasa2 nya, masuk 5 bulan lebih ni, jantina dah ada, cuma aku jer tak nak g scan lagi, takut.... hero lagi :0. Tapi aku rasa aku mesti bersedia walau apapun jantinanya, janji dia bb yang sihat dan sempurna ;)

So, untuk tatapan u all sempatla aku post kerja2 penerbitan aku dalam seminggu dua ni.... dah namapun ajk hebahan & promosi, mustila kerja2 aku buat backdrop, poster, banner, bunting, kad jemputan dan seangkatan dengannya......

ini posternya
Ni pulak bannernya...
kad jemputan fold 3
dalam kad jemputan fold 3...
and last sekali, hebahan utk staf JKA....
itulah kisahnya, ni cepat2 nak pi print nih...
K bye semua ;)