Pada 2 hari lepas sempatla aku bersama 3 pensyarah lain menjadi fasi di kolej komuniti kuantan utk satu kursus painting. So ini merupakan hasilnya. Sebanyak 15 orang pensyarah terlibat dalam kursus satu hari ini. Sebenarnya, hasil painting ni bakal dijual di satu pameran di Melaka hujung bulan nanti....dan yang bagusnya hasil kutipan tersebut bakal didermakan kepada tabung Palestin dibawah kelolaan Aqsa- Shariff. Semoga usaha kita diberkati, terima kasih kepada semua fasi dan peserta yang terlibat, sesungguhnya kita sedikit-sebabyak membantu meringankan beban rakyat Palestin, Amin.
Friday, 22 June 2012
Sunday, 10 June 2012
Arts For Palestine - Kerja2 Amal
Cuti panjang minggu lepas, hari ni masuk opis... tup tup nampak satu surat panggilan untuk ke satu bengkel Arts For Palestine, nasib baik tak jauh, kat bawah opis jer....So, mulanya aku terfikir, apa ada dalam Bengkel ni.... Difahamkan seramai 50 orang terlibat termasuklah separuh daripadanya adalah student.... So, aku berganding dengan dengan 2 orang pensyarah Teknologi Makanan untuk buat satu painting flora... Mula2 diorang malu-malu jugak nak buat coz jarang2 main dengan berus dan kanvas, akhirnya aku yakinkan jugak untuk mereka melukis, lepas 15 minit...nampak bukan main seronok mereka.... So painting kami antara yang siap paling awal....
Sebanyk 20 painting terhasil dan pameran serta jualan dirancang untuk diadakan di Perzim Melaka 30 Jun nanti, InsyaAllah. Hasil dari jualan tersebut bakal didermakan kepada Palestin.
Antara yang sempat dihasilkan dalam masa 2 jam....
Antara students yang terlibat, dah siap apa lagi, makan laa...
Karya agung Marjo, kawan sekerja aku...try nak beli nih :)
Sekian....
Tuesday, 5 June 2012
The End of The Day
Cuti sekolah ni aku mengambil peluang untuk balik kampung bersama anak-anak. Sempatla membaca satu dua majalah untuk isi masa lapang. Antaranya Solusi bulan ini mengisahkan tentang "GenerasiTerakhir Umat Manusia". Menurut penulis artikel ini, Umar M. Noor.....
Ketika kiamat makin hampir, Nabi Isa a.s yang akan turun kembali ke bumi dan orang beriman merupakan umat Islam yang terakhir. Setelah Allah S.W.T mengutus hembusan angin lembut yang menyebabkan mereka meninggal dunia, maka pupuslah generasi tauhid di muka bumi ini. Islam, Al-Quran dan akhlak mulia turut hilang dari muka bumi bersama-sama pemergian mereka. Hanya orang kafir yang berbaki di muka bumi. Semakin hari cara hidup mereka semakin jauh daripada keredhaan Allah S.W.T. Mereka tidak mempercayai Tuhan dan hidup bagaikan haiwan yang hanya memuaskan hawa nafsu. merekalah seburuk-buruk generasi muka bumi.
Sifat pertama yang makin ketara ialah,
Tak Kenal Allah - sifat yang paling ketara pada generasi terakhir dan mereka jahil tentang Allah Tuhan Yang Maha Mencipta. Mereka ateis dalam kehidupan.
Kaabah Runtuh - Kali terakhir kota suci Makkah dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah adalah pada masa Nabi Isa a.s kembali ke bumi. Setelah mereka semua meninggal dunia, kota Makkah sepi tanpa pengunjung. Sepanjang puluhan tahun, tidak ada sesiapa datang untuk berziarah dan beribadat.Menurut Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, mahfurmnya:"Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak ada seorangpun yang pergi menunaikan haji ke Baitullah". (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya). Keadaan bertambah parah apabila orang dari Habsyah (Ethiopia) datang ke Makkah lalu meruntuhkan kaabah. Mereka mencungkil satu persatu batu-batu binaan Kaabah dengan harapan menemui harta karun dibawahnya.
Kota Berhantu - Begitu juga nasib kota suci Madinah al- Munawwarah. Kota yang sekian lama meninggalkan kerinduan di hati umat Islam ini dibiarkan kosong tidak berpenghuni. Madinah pada masa itu tidak lebih dari kota berhantu. Tiada makhluk yang tinggal disana melainkan binatang buas dan burung-burung liar.
Seperti Keldai - Darjat keimanan sering kali beriringan dengan darjat moraliti. Apabila keimanan kepada Allah merosot, maka sifat malu dan kesopanan akan turut lenyap. Budaya dan gaya hidup hedoonisme tersebar di segenap lapisan masyarakat. Kenikmatan jasadi menjadi tujuan utama hidup mereka. Dek menjadi hamba hawa nafsu, mereka bukan lagi manusia, malah lebih buruk daripada haiwan. Zina, hemoseksual dan pelbagai seks sumbang berleluasa tidak mengira masa dan tempat.
Memperlambatkan Kiamat - Segala yang diberitakan oleh Rasulullah ini pasti berlaku. Ini kerana Baginda telah melihat masa depan dan pelbagai kejadian yang bakal berlaku dengan izin Allah S.W.T. Baginda kemudiannya memberitahu umatnya bukan dengan harapan untuk menanamkan rasa putus asa, sebaliknya untuk satu hikmah yang Allah kehendaki. Muhaddith dari Syam, Syeikh Dr. Nuruddin 'Itr pernah berkata " Para penuntut ilmu ialah orang yang memperlambatkan kiamat. Merekalah yang berjasa menyelamatkan dunia ini hingga ke hari ini.
Mabuk - Apabila dunia telah semakin rosak, maksiat dan dosa telah memenuhi seluruh pelusuk dunia, Allah menjadi murka kepada semua makhluk yang berada di muka bumi. Pada waktu itu, Allah s.w.t memerintahkan malaikat Israfil untuk meniup angin sangkakala tanda kiamat. Alam semester mula hancur berkecai dan bintang-bintang berguguran. Tidak terbayang ketakutan manusia ketika waktu itu. mereka lari lintang-pukang dan memekik bagaikan orang mabuk, walhal mereka tidak mabuk. Mereka berkeadaan demikian disebabkan azab Allah yang sangat pedih.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan orang yang kita cintai daripada kemurkaan-Nya. Amin.
Kebenaran dan Mitos TAURUS dalam hidupku...
Saja search pasal sifat2 perempuan yang bernaung dibawah zodiak TAURUS, bukannya percaya sangat, tapi kadang2 ada jugak yang terkena dekat batang idung sendiri.... yang kadang2 buat aku terfikir sejenak dan kadang2 gelak sendiri...daripada yang aku dapat dari website http://www.rusmanmalili.com/ adalah dalam 80% yang aku rasakan menjadi refleks kepada diri sendiri...
Perempuan yang lahir antara tanggal 21 April dan 20 Mei berbintang Taurus termasuklah aku coz besday aku jatuh pd 26 April..
Menurut website yang aku baca ni, sifat2 umum perempuan berbintang Taurus
1.Memiliki keperibadian tenang dan damai. Ye ke? Tapi mungkin ada benarnya sedikit, sebab kalau kat opis tu, aku agak bertenang dan menurut kawan2 aku jarang bad mood, (walaupun dekat rumah ada gaduh2 sayang orang kata, tapi aku bijak untuk mengawal perasaan agar hal rumah tak dicampur-adukkan dengan opis dan hal opis tak sekali2 bawak ke rumah (Kecuali sekali dalam satu dua kali dalam satu semester sekiranya tak sempat menyemak kerja students).
1.Memiliki keperibadian tenang dan damai. Ye ke? Tapi mungkin ada benarnya sedikit, sebab kalau kat opis tu, aku agak bertenang dan menurut kawan2 aku jarang bad mood, (walaupun dekat rumah ada gaduh2 sayang orang kata, tapi aku bijak untuk mengawal perasaan agar hal rumah tak dicampur-adukkan dengan opis dan hal opis tak sekali2 bawak ke rumah (Kecuali sekali dalam satu dua kali dalam satu semester sekiranya tak sempat menyemak kerja students).
2. Mereka sangat mudah ke dapur, terutama
untuk baking. Mencintai kehidupan rumah tangganya dengan cinta dan
pandai menjaganya. Tentang duduk dapur tu, OK kot coz seperti yang selalu aku bagitau dlm entri lepas2, aku anak sulung tunggal perempuan dlm 6 adik beradik, so kerja2 masak tu aku dah buat since tingkatan 2 lagi.. So, no hal pasal masak.... Pandai menjaga rumahtangga tu, tak berapa nak sempurna sangat, coz dengan anak nak masuk 4 ni tanpa orang gaji, semua kerja rumah nak kena buat sendiri, paham2 je la...Kadang2 tak menang tangan beb... Tapi, bak kata pepatah, kalau nak bagi suami sayang kenala pandai jaga makan n pakai dia.... Yang itu InsyaAllah, setakat ni...hubby aku memang sayang aku...
3. Fisikalnya bertubuh langsing tinggi. Yang ini kalau tengok sekarang ni takdela langsing, nak kata tinggi tu ye la (takkan makin rendah pulak).... Try tengok 10 tahun lepas, bukan main langsingnya aku, hehe... sampai aku further study, yela tau je la kalau dah masuk course architecture.... kurus macam tak cukup makan... :(
4. Mereka biasanya tenang, seimbang dan tinggi nilai-nilai moralnya. Yang ini, no komen, bleh tanya rakan seopis, maupun rakan serumah (HUBBY :)
5. Di antara kekurangannya adalah lebih konservatif . Ini menyebabkan mereka kurang fleksibel dalam
hidup mereka. Mungkin ada betulnya kot, contohnya, kalau dulu, kalau suka kat seseorang pendam saja dengan harapan pihak lelaki mesti suka kat kita dulu... tak nak dikatakan perigi mencari timba, mujurlah hubby sekarang lelaki yang akhirnya boleh luah perasaan.... sebab tu perkenalan kami ambik masa 5 tahun sebelum kahwin, masing2 nak main sorok2 perasaan... last2 dia mengalah dan mengaku suka...
6. Mereka bisa menjadi sangat keras kepala dan akan mengumpulkan kemarahan dan dinyatakan secara berkali-kali, sangat agresif dan
menyakitkan. Yang ini memang betul, aku ni jenis keras kepala, diakui sendiri oleh hubby... Sebenarnya aku sedang cuba untuk mengubahnya.... Kalau dua2 keras kepala, dunia ni bisa hancurkan!
7. Mereka sangat romantis di dalam cinta dan sering meluahkannya. Mereka setia dan cenderung untuk terlibat secara serius
dalam hubungan mereka. Perkataan setia memang 100% tepat...kerana aku memang setia...
8.Pasangan ideal mereka adalah orang-orang dari Cancer, Scorpio dan Virgo. Yang ni tak berapa nak setuju coz aku rasa hubby aku pasangan yang terbaik buatku... Capri boy!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)