Thursday, 26 January 2012

kerja penerbitan desktop semester ini

Seperti semester2 lepas, tugasan ringkas yang aku berikan kepada students untuk melihat sejauh mana prestasi mereka dalam penggunaan perisian Adobe Photoshop adalah seperti buat flyers, name card, invitation card etc. Tapi untuk semester ni lain sikit, aku mulakan tugasan 1 ini dengan membuat Scrap book: Me&Myhobby....
 Biasala, kalau lelaki tu mesti suka kereta, ambil gambar etc... dan yang perempuan pulak mesti suka coklat, baby etc....


 

Wednesday, 25 January 2012

sketch selagi mampu....

Kalau dah nama hobi, kita akan curi masa juga untuk buat dia.... aku suka sketch dan melukis sejak sekolah rendah lagi, takde la terror sgt tapi cikgu time tu asyik hantar aku wakil pertandingan melukis...sampailah aku ke sekolah menengah, bakat melukis aku warisi daripada ibu dan datukku, mereka semua suka melukis... Menurut mak aku, aku minat melukis secara kebetulan..... mula2 aku suka menulis dan membaca time kecik2, tapi oleh kerana adik aku suka ganggu, mulala aku bertukar menjadi extreme... menconteng n melukis....

Dengan bantuan Photoshop, kadang2 aku gabungkan dia untuk mendapatkan hasil yang lebih baik...

Tuesday, 24 January 2012

Cuti2 Tahun Baru

Tik tok tik tok, jam tahun baru dah hampir sebulan berdetik....ikutkan tahun Islam, dah hampir 3 bulan berlalu, namun tahun baru Cina baru dua hari berlalu..... Apapun , semuanya tentang tahun baru, azam baru dan semangat baru.... Cuti tahun baru lalu aku menghabiskan saki-baki cuti (sebenarnya aku tak ambik cuti pun), cuti am yang diberikan sahaja... dengan pulang bercuti di kampung halaman di Terengganu... Sebelum bertolak sabtu lalu, sempat lagi kami singgah di Pantai Teluk Cempedak memandangkan anak aku dah lama tak pegi jalan2 kat pantai....
Bukan main hepi lagi....
 Sempat juga menyaksikan tarian naga

 Dah kenyang, bersedia untuk bertolak....
Belumpun sejam bertolak, dua hero aku da pengsan kekenyangan..tinggal lagi sorang yang asyik bercakap tak henti2....
Saujana mata memandang...
Akhirnya kami tiba dikampung disambut oleh ibuku tercinta...
Dua hari dikampung, kami kembali ke Kuantan.... 
Akhirnya....
tiba.... di rumah

Thursday, 19 January 2012

STUDIO MAKEOVER 2012

Sabtu lalu, sempatla Program Senibina JKA  kami mengadakan satu aktiviti induksi pelajar baru di JKA... Program satu hari tersebut melibatkan semua lebih kurang 300 pelajar senibina setiap semester, dan porgram tersebut dinamakan 'STUDIO MAKEOVER' , ala2 restaurant makeover la, tapi takdela buat major renovation camtu, cukuplah sekadar mengecat n touch-up studio2 senibina ni untuk nampak lebih ceria..... Setiap studio bertanding untuk menjadi johan pertandingan, bukan kerana hadiah sgt.... tapi lebih kepada ingin menjadi studio team yang paling outstanding dan the best.... Aku selaku salah seorang juri pada hari tersebut memberikan kredit kepada Studio DSB2B, semester 2 utk menjadi johan.....  Studionya ceria + teamwork + related theme.... they deserved for it!!!
 Seawal 7.40 pagi, aku dah tiba... 


Sebelum memulakan acara Studio Makeover ini, satu taklimat MQA disampaikan oleh aku (ala2 pegawai MQA la pulak) kepada pelajar untuk mendedahkan mereka ttg MQA dan OBE (Outcome Based Education). 


Antara lecturer yang hadir...

(gambar diatas ihsan dr. wan nurul hasinah.... :)
Selepas itu, setiap studio mempersembahkan satu pertujukan kepada semua dan kemudian, barulah mereka kestudio masing2 utk memulakan gotong-royong.
Kelihan panel juri sedang memikirkan markah yang layak untuk diberikan utk setiap studio....
Semua studio telah diberikan theme tersendiri, cthnya dibwh ialah theme dia ialah 'Marine'

Yang ini pula lebih kepada flora
Dan studio yang menang, DSB2B
 Tahniah!!!! Kepada  yang tak berjaya, cuba lagi.......