Wednesday, 9 January 2013

dah bersawang jugak blog aku

isshh3x, lama bebeno rasanya tak update n3 ni, maklumla, jadi surirumah seketika, bz memanjang... waktu tgh mlm jer free,ngantuk la pulak nk update malam2 ni... k, skang bb Alya dah 70hari, dah abis pantang lama dah.. dan semakin membesar, Alhahdulillah... berat dia dah cecah 3.6kg dan tinggi 50cm, mcm abg2 dia baru lahir... yelah, kalau ikut usiapun br 2week ikut due... Setakat ni takde masalah la jaga dia, good girl!

Friday, 30 November 2012

lambatnya abis pantang - day 34

huh, lambat betul abis pantang, tapi aku ni layan diri, tak gaya org berpantang. hubby aku buat serbi2 masa 2 minggu pertama.. tq abg, lepas tu. pandai2 la self service...nak makan, kena masak, nak lipat
baju, kena cuci dulu... hehe. kalau dah beranak ramai, lagu ni la gayanya...ni Alya jenis budak baik, nangi time nak susu n tukar lampin jer, issshhh... baik sungguh, anak sapa la ni!
pagi2 dah bangun, lepas bg susu n tukar lampin, tido balik...

bagus anak mama....

pulang ke rumah akhirnya...

Kat rumah bersama Alya sudah 10 hari, dan usia Alya sudah 33 hari... tak lama aku kat ward menyusukan Alya... cuma 2 hari, syukurla.... So, sekarang, jaga Alya sendiri dekat rumah buat aku kekok... bukan sebab tak pernah mandikan anak2 aku sebelum ni, tp dek saiz dia yang agak kecil n comel tu la.... takut aku nak mandikan.... maklum la anak 2 dulu sema 3-3.5 k, kali ni Alya just 2.2 kg, alahai....


Saturday, 17 November 2012

Tidur dekat wad bersama Alya

Akhirnya, mlm ni aku dipanggil oleh pihak hospital untukmenemani Alya... so secara tak langsung, mungkin dlm seminggu lagi dapatla Alya pulang..... seronok tak terkata...

Thursday, 15 November 2012

melawat Alya di hospital....

lega sikit hati ini pbila melihat berat bdn bb aku ni naik... dan perkembgn terkini, Alya sudah diberikan susu dgn cwn kecil, bukan lagi ikut salur yang dipasang.... menurut nurse tadi, Alya akan dpt balik dekat2 dgn due date sebenar... maksudnya dlm bulan 12 jugak la jawabnya.... Takpela, janji Alya sihat!



Wednesday, 14 November 2012

dari oven kecilku II

biskut ni aku guna puff pastry dough yang aku buat semalam, dough tu kena sejukkan dlm peti ais dulu....

percubaan kali pertama - Puff Pastry

asyik tgk Asian Food Channel aje kerja aku, itulah sebab aku asyik nak cuba buat doh pastry sendiri....