Tuesday, 6 December 2011

My secret garden….


Saja jer bagi nama my secret garden, bukan rahsia pun... duk pun depan umah aku lagi....Aku tak banyak menyumbang terhadap penjagaan bunga orkid di rumahku, sekadar consultation aje, warna dan rupa aje… Yang banyak menjaga orkid2 kami adalah suamiku…. Dia memang suka lihat orkid berbunga…… dan satu lagi hobi dia ialah tanam bonsai….
Itulah saja dua jenis bunga yang ada ditaman rumah kami….. Aku suka bunga ros sebenarnya…tetapi mengakui tidak mempunyai banyak masa untuk menjaganya…. aku batalkan niat untuk tanam bunga ini….Satu harus aku puji tentang suamiku ini, walaupun dia memang suka automotif, baiki kereta, suka bab2 enjin dan kerja2 pertukangan yang lain, namun dia masih meminati seni berkebun ini…. 

 
Inilah diantara bunga2 orkid di rumah kami....

 dan anak2 seperti biasa, geramm jee tgk bunga2 orkid tu....

 tamat siri orkid.... Jadi la kita macam orkid, cantik rupa dan budi, berpanjangan...

Sunday, 4 December 2011

lelaki oh lelaki

Jumaat lalu, ingatkan lepas opis hour nak terus gerak blk kampung untuk hantar Adam kat umh mak aku kat Trg, tetiba badan aku jadi seram sejuk...aikkk, rasa macam nak demam .... So, aku pegilah klinik malam tu, demam tak tinggi 38 degree jer, tapi kepala punyala pening.... jadi aku tido je la...anak2 dah sub kat bapa dia...Esok pagi dah ok sket, aku dah mula mengemas..... Ting tong ting tong buat apa yang patut, last sekali jemur baju, lepas solat Zohor baru gerak.... Alhamdulillah, tiba jam 5 ptg di sana.

Bermalam satu malam, besoknya kami da nak pulang kembali ke rumah, sebelum pulang ke Kuantan, sempatla aku beli kelengkapan adam utk masuk darjah 1 tahun depan..... pergi bersama suami aku, sepupuku aiman, adik bongsuku pian, n 3 anak menjadikan aku ditemani oleh 6 orang lelaki..... Sebenarnya, nak dikatakan, hampir 3/4 keluarga belah mak aku ramai lelaki.....yang herannya, mak aku 4 beradik semua perempuan. Sebagai anak sulung nenek, mak aku ada seorang anak perempuan (aku la tu) dan 5 anak lelaki...anak kedua nenek ada 2 lelaki dan seorang perempuan, anak ketiga nenek aku ada 3 perempuan dan 1 leleki (ni terbalik sket), dan anak bongsu nenek ada 4 lelaki. Dan aku mewarisi mereka dengan angka sekarang 3 anak lelaki.... Kalau ikut belah hubby pun tak kurang hebatnya, Adik beradik dia campur tiri semuanya 8 lelaki dan cuma seorang je perempuan... So, makin tak hairanla kalau anak2 kami setakat ini semua lelaki. Tapi, zaman sekarang, semua anak sama jer, janji menjadi anak yang soleh.... ( ayat sedapkan hati :).....
aku bersama adik bongsu, suffian
 Kalau yang tak tahan tu, time diorang gaduh2.... mesti salah sorang ada yang nangis....
dan pandai pulak lelaki2 ni pujuk....
begitulah...ragam anak2 ku....di dalam keluarga LELAKI....













kawan dan ertinya


Besar ertinya kawan-kawan kepada kita, serius aku katakan, mereka juga antara penyeri kehidupan kita..... Masih aku ingat, waktu aku belajar dulu, aku memang ada ramai kawan, baik lelaki maupun perempuan..... Sehingga sekarang, aku masih suka berkawan dan mendapat kawan baru...... Semua kenangan dan juga impian akan menjadi asam garam dan rencah  di dalam kehidupan ini...seronok dapat berhubung dengan kawan lama, beberapa orang dari sekolah rendah bersama, ramai dari sekolah menengah, masih saling kunjung-mengunjungi dengan bekas x-roomate kat u dulu..... dan semua ini akan mengeratkan silaturahim kita. 


Sekarang, dalam situasi yang berbeza, dan masing2 telah mempunyai karier yang pelbagai, namun kami disatukan dibawah payung yang digelar persahabatan. Kawan-kawan office sekarang menjadi sebahagian dari hidup aku..... bersama dalam suka duka, sakit-pening dan saling sayang-menyayangi menjadi intipati dalam bersahabat. 

























Kadang-kadang dalam kesibukan bekerja, kita seharusnya mengambil sedikit ruang untuk berhibur bersama rakan2.... coz,
life is short, make it sweet..... (pepatah aku).... Kalau serius memanjang, tak bestla..... tulis blog ni pun, satu motivasi untuk diri sendiri......














Take your time to enjoy....
Apa yang penting, BE YOURSELF!






Saturday, 3 December 2011

besday adam yang ke-6

Pada tanggal 28 October lalu, anak sulung aku menyambut hari lahir ke-6....

Sungguh pantas masa berlalu... aku rasa macam baru semalam menyambut kelahiran baru ini....namun sudah 6 tahun rupanya..... Tahun depan dia akan melangkah ke alam persekolahan.

Sebenarnya, kebetulan hari ni makcik n sepupu aku datang ke Kuantan.


Aman makan sampai comot2.....

Happy Birthday Adam Daniel, semoga menjadi anak yang soleh.....

Thursday, 1 December 2011

wanita dan bunga

Wanita dan bunga tak dapat dipisahkan, besarnya erti bunga2 dihari bersejarah.... sampaikan pada hari ni laki2 sendiri seronok untuk menerima bunga.... yang selalunya disukai oleh wanita..... Lelaki ni lebih praktikal, ramai lelaki yang kurang romantik (diulangi kurang bukannya tidak romantik), lebih suka menghadiahkan sesuatu yang bersifat material, cthnya jam tangan yang boleh dipakai oleh isteri, ataupun baju yang agak mahal, kasut berjenama DAN bukannya bunga... Kerana bagi mereka, bunga bukan tiruan tu cepat layu..... Jadi, kalau dah layu mesti dikeringkan atau paling sedih dibuang setelah beberapa hari..... Yang dikeringkan itu pun tak tahan lama.....  


Tapi, bayangkan..... wanita yang dapat bunga walaupun sekuntum, hatinya bukan main berbunga2 mengalahkan bunga yang dia dapat.... Kalau tak percaya cuba beli kat makwe (kalau dah ada), isteri kpd yang dah kahwin atau yang masih bujang tu, try bagi hadiah bunga untuk ibu. Gerenti diorang suka, cayalah.... Bagi wanita, kalau diorang mendapat hadiah bunga, wanita merajukpun terus ok ( kecuali memang yang tegar, itu lain cerita)

So, lelaki kena terima hakikat bahawa wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan.. So, harap semua lelaki lebih memahami.... walaupun hakikatnya pendapat lelaki dan wanita berbeza. Sebab tu ada pepatah Inggeris pernah berkata : Man from Mars, Women from Venus....


 Cerita pasal bunga, aku ada satu cerita untuk dikongsi...... Suami aku ni lelaki kebanyakan dan  kurangla sket romantiknya, jarang bagi bunga sebagai hadiah..... tapi, maybe dia asyik dengar aku cakap seronoknya kalau dapat bunga sejak 6 tahun dulu, pada setiap kali hari2 besar kitaorang.... Nak dijadikan cerita, selalunya aku bersolat asar kat opis jer, tapi kali ni aku solat kat umah lepas habis kerja, masuk bilik solat umah aku.... punyala terkejut...ada sejambak ros merah hati 12 kuntum dlm bilik tu, so SUPRISE....then mestila hati aku berbunga2.... aku tanya samada dia belikan bunga tu utk aku, tiada jawapan, cuma mengangguk.... (biasala lelaki kebanyakan), tapi kad comel pada bunga beri jawapannya. Dalam hati aku, isshhh....romantik jugak  suami aku ni, cuma tidak digilap).Dalam penat balik kerja tu, terus dah hilang penat dan terus masuk dapur n masak masakan spesial..... So, bunga adalah penawarnya, terutamanya isteri yang merajuk :)
Satu kali lagi, dia bagi hadiah bunga time aku konvo la.... aku kena sambung diploma pendidikan kat UPSI, time tu untuk melayakkan aku mengajar...tapi sejak last batch aku, semua da tak payah ada diploma tu, cukup dengan 1st or 2nd degree jer....

Rupa2nya, romantik jugak suami aku ye,.... walaupun tak selalu dia tunjuk ;)
Moralnya, tak tunjuk bukannya tak romantik...... (mesti ramai lelaki yang setuju :), Tapi bagi wanita, dia nak selalu lelaki tunjuk romantik..... (termasuklah aku :)



Tuesday, 29 November 2011

Kejora


Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati
Halusnya lengang sehalus
Sutra cinta

Melembutkan setiap kata
Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita
Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku
Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku
 jiwang la pulak, tapi ni lagu yang aku suka

sambutan hari raya di jabatan

Sebenarnya, gambar2 ni dah lama diambil- Aidilfitri 2011 , tapi baru hari ni sempat nak upload kat n3 ni, seronok bila tgk balik gambar2 ni bersama student yang disayangi sekalian...... Majlis sambutan ni melibatkan satu jabatan, 3 unit iaitu senibina, kejuruteraan awam dan ukur tanah... Seronok bila tgk semua orang happy!
 Semua kawan2 aku bukan main 
 seronok..
 Semua beratur macam nak beli tiket bola la pulakkk....

 Setiap kelas ditugaskan menyediakan menu berbeza2 supaya semua dapat rasa makanan lain2 mengikut selera. Student makan kat dataran coz diorang ramai, hampir seribu orang lebih pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam ni, lecturer pula sekitar 125 orang.
Kelas ni nampaknya buat laksa kot, isshhh sedapnya laksa, tak kirala laksa penang ka, laksa trg ke, sume best!!!
Amboi Nas, ingat org belakang ....

  Aii, semua orang senyum nampak gigi except mawar
 Antara VIP yang hadir, Timbalan Pengarah POLISAS, En. Fauzi berkemeja biru (waktu tu, tp sekarang dia dah jd Pengarah n pindah)
 Semua da kenyang.... Alhamdulillah