Monday, 22 July 2013

suka suka suka...

Sukanya aku kalau dapat beli semua pinggan mangkuk yang designnya simple dan menarik... rasa tak usah jamah makanan, tengok pinggan dah lawa. Ikutkan selera, aku suka pinggan mangkuk ' all white' sama jugak la dengan bunga, kadang2 mak datang, eh...tak de warna lain ker dalam dunia ni? Putihpun lawa ker... Heee, lain orang lain citarasa... 
 

Thursday, 18 July 2013

Bermulalah projek rekabentuk semester ini...

Semester ini, buat semester ke 14 mengajar, kelas design antara kelas kegemaran aku, kerja2 studio semester 6 ni memerlukan komitmen yang tinggi oleh pelajar kerana studio rekabentuk sahaja menyumbang 7 kredit dan dalam masa seminggu ada 12 jam pertemuan secara formal. Dah nama pun kredit tinggi, maka impaknya sekiranya pelajar dapat result yang teruk amat besar, begitu juga sekiranya mereka score. Sebagai pensyarah, gembira dapat tahu ramai student yang aku ajar dapat menyambung pelajaran kat universiti...ke peringkat yang lebih tinggi...





Tuesday, 16 July 2013

Hilang 3 bulan...

Sejak dua menjak ni, memang sibuk...bukan hilang ke manapun,tapi sejak masuk line pengurusannya, lagi bertambah2 la kerjanya... sampai berbulan-bulan tak update, dah naik bersawang da blog ni.... So, cerita pasal kerja memang tak pernah habis, utk realise tension, baik kita cerita pasal rumah, anak-anak dan en.hubby, baru seronok... bukan kerja tak seronok, tapi anak2 banyak cerita utk dikongsi... Alya,terbaru sudah masuk stage awal nak merangkak, ikutkan Alya hujung bulan ni dah masuk 9 bulan pada zahirnya, tapi baby premature mempunyai carta sendiri, dia baru dikira 7 bulan sesuai dengan usia sepatutnya dia keluar dari perut ibu... So, kelakar sangat tgk aksi dia sekarang...pantang lepa, mesti nak kutip semua benda kat lantai, haiii, kali ni, hari2 la nka kena vakum umah.... takpe la nak, asal ko selamat...

Monday, 8 April 2013

Melayan anak2...

Menjadi ibu bekerja kepada 4 anak merupakan cabaran yang besar...terutamanya di dalam memenuhi keperluan setiap anak2 yang berbeza-beza setiap masa...tapi ianya pengalaman yang menyeronokkan...Setiap masa, aku akan cuba memberikan kasih-sayang yang cukup, walaupun ada kalanya terpaksa marah2 sayang untuk membentuk diri mereka.... Seboleh2nya, aku ketepikan perasaan penat demi melihat keluargaku bahagia....


Aku suka memasak untuk mereka, namun sekarang dengan ada bb ke-4 yang baru berusia 5 bulan, susah sket nak masak lepas kerja....try la masak best2 sket utk diorang waktu weekend .... Tuhan, tabahkan hatiku dan dorongkan aku agar menjadi isteri solehah dan ibu mithali... demi mencari keredhaan-Mu..

Sunday, 31 March 2013

egg tarts n custard

malas nak bicara, nak cepat coz ada kelas jam 2pm,
layan jer gambar2 tart yang telah dihasilkan....
tat mangga n custard
tat kustard buah


Friday, 29 March 2013

Dah besar baby prem ku..


Semalam, umur Alya dah genap 5 bulan... cepatnya masa berlalu..Sekarang dah pandai gelak sakan... dan dah mula belajar meniarap, yelah orang lain meniarap umur 3 mths, dia ni lambat la sket..ikutkan baru 3 mths lebih jer dia ni..tapi Alhamdulillah, dia sihat walafiat pun dah syukur... 2 minggu lepas aku dah botakkan kepala dia... hihi mcm lelaki da... walaupun majlis cukur jambul itu ari dah 2 bulan berlalu... takpe la Alya... semua 4 anak dibotakkan oleh tangan mama...