Monday, 23 April 2012

End of Semester - Last JKA Programme Session Dis 2011...hooray

Akhirnya, semua aktiviti2 tambahan jabatan perlu ditunda ke Semester depan, maklumla, semua pensyarah n pelajar pun masing2 sibuk menyiapkan markah dan test2 akhir sebelum peperiksaan akhir bermula.... Baru2 ini, team JKA Polisas berkesempatan mengadakan aktiviti bersama dengan pelajar OKU di Pusat Pemulihan dalam komuniti, Kuantan. So student kat situ ada 18 orang kesemuanya. Aktiviti khidmat masyarakat ini berlangsung selama 2 hari.... aku salah seorang AJK Grafik program berkenaan.
Mereka juga berbakat, kadang2 mengalahkan kita.... itulah anugerah Ilahi..



















 

Manakala yang lain lukis mural kat luar....
 

The team....



 

Thursday, 12 April 2012

Painting lagi ker?

3 Minggu ni memang padat dengan aktiviti. Sebelum makan malam anugerah kecemerlangan JKA dan malam pra-graduasi, malam khamis lalu., Student DSB6 telah membuat persiapan untuk satu  majlis bersama OKU minggu depan. Kesian jugak dengan students tapi aktiviti luar ni sebenarnya membantu diorang jugak..... untuk menambah ilmu dari segi insaniah n kreativiti., mereka telah membuat satu persiapan majlis bersama OKU di salah sebuah pusat OKU di Kuantan. Diantara persiapannya ialah menyiapkan painting 11/2' x11/2' untuk dihadiahkan kepada pusat berkenaan..... Hari ni (Rabu & cuti umum sebenarnya) Pn. Norhayati bersama students DSB6 datang utk menyiapkan kerja2 persiapan tersebut...

Salah seorang student DSB6 sedang menyiapkan painting....
 Awat cat bersepah tu Muadz??
Soleh besama paintingnya... 
Cham Rat bersama painting beliau...
Tamat!!!!

120412Khidmat Masyarakat - Melukis Mural

Hari ini bermula lagi satu aktiviti Program Senibina yang telah berlangsung di Sekolah Rendah Permatang Badak. Memang padat dengan aktiviti kebelakangan ini sehinggakan tak terkejar aku dibuatnya. Kadang2 dua meeting dalam satu hari, tukar pengerusi saja (aku selaku ajk stay kat kerusi yang sama)... Apa nak buat.... Mlm tadi ada dinner Pra-Graduation bagi meraikan pelajar semester akhir.... aku tidak ketinggalan utk join... Pagi ni pulak ada event mesra awam....tapi gambar2nya belum aku upload lagi...
 
So, untuk Khidmat Masyarakat Melukis Mural ini berlangsung jam 9 pagi sehingga petang.... aku pergi tolong2 diorang buat mural pagi tadi, petang tukar orang lain pulak....
Try to buat mural yang ada kaitan dengan matapelajaran Sains di sekolah..
Dan girls pulak buat mural kat wall lain....

Tamat siri mural....

Sunday, 8 April 2012

06042012- Build & Break JKA

Aku selaku juri build n break JKA Jumaat lalu berkesempatan untuk melihat sendiri proses pembuatan model bridge daripada 24 kumpulan pelajar... Johan akan dicalonkan ke pertandingan Build & Break yang berlansung bulan 9 nanti di UNITEN. Macam kenal tak box2 kat belakang tu, hmmm 2 hari lepas aku guna utk pameran elektif, so penganjur berkenan, guna semula utk buat backdrop kali ni.... So, ada la manfaatnya kan..
Bahan2 dia, pencucuk sate yang jumlahnya dihadkan, masking tape, tali dan itu sahaja. So struktur akan diuji dari segi ketahanannya menanggung beban dan satu lagi estetik... So daripada banyak2 team, satu team sahaja dari Senibina (memang students senibina especially sedang menyiapkan final presentation diorang), itu la yang tak berapa nak masuk agaknya... 
 En. Rizalman selaku person in charge dan pembuat soalan, membuat satu taklimat sebelum pertandingan dimulakan... Yelah, sebelum apa2, kami pihak urusetia mestilah membuat satu model bagi menunjukkan soalan yang dibina adalah realistik...model di sebelah telah dibina sendiri oleh dia..



Masa yang diberikan kepada semua adalah dua jam....

Antara produk yang terhasil...


 So keputusannya, pertama utk struktur mestilah pelajar kejuruteraan awam semester 3, dan pertama utk estetik mestilah student architecture....

 Sekian..





Nak masak apa hari ni....


Nak masak apa hari ni..... tengok kat peti ais ada la ayam n daging cincang, bagus jugak buat spegetti sebab anak sulung aku memang suka...... n untuk abah dia pulak aku masakkan ayam masam-manis berempah.... macam pelik jer bunyinya kan... ni resepi aku reka sendiri, da boring masak yang biasa2... ayam ni aku perap rempah dulu, bakar then baru letak sos masam-manis dia.... bolehla, coz hubby aku tambah nasi tu, ok la tu..


 

Spegetti ni kalau dah nama utk anak makan, takde la aku buat pedas macam selera kita orang dewasa.... Memang kalau ikut orang barat diorang tak makan pedas2, tapi aku kalau buat utk kita makan mesti buat pedas sket baru ada ummph... 

















Anak aku Adam ni lain sket, semua makanan yang dia nak biasanya bukan berasaskan nasi.... mungkin rentetan waktu mengandungkan dia aku tak boleh makan nasi.... nasibla....

Anak aku yang tengah pula memang dari semalam lagi minta kek.... so apa yang ada kat dapur tu aku pandai2 la campak2 jadikla kek batik... kek yang paling simple, tapi dia suka... okla tu.













 Bagi nak habiskan roti, aku buat roti berinti ayam....So itula menu hujung minggu...

Wednesday, 4 April 2012

040412- Hari Pameran Subjek Elektif

Semalam, satu hari suntuk  Program Senibina mengadakan satu program kolaborasi dgn TwinTech, dan Persembahan Lukisan Terukur serta Pameran untuk produk subjek elektif.... Tak sempat cerita panjang coz berkejar ke kelas lepas ni.... saja update n3 ni sementara menunggu waktu Zohor... So, inilah diantara gambar yang sempat dirakam.. :) Thanks to all members yang telah menjayakan aktiviti ini....Painting calla lily kat atas tu aku tempah dari students komunikasi senibina..Diorang buat 5 painting bg 5 group, so setiap semester pun aku takkan ketinggalan utk beli produk daripada diorang.....
Dan yang pastinya, kelima2 painting ni habis terjual..... malah ramai juga lecturer yang nak tempah jugak.... Tahniah Julia (kawan aku) utk hasil kerja yang bagus!
Dan inilah team kitorang bersama kotak2 pameran...