Monday 22 July 2013

suka suka suka...

Sukanya aku kalau dapat beli semua pinggan mangkuk yang designnya simple dan menarik... rasa tak usah jamah makanan, tengok pinggan dah lawa. Ikutkan selera, aku suka pinggan mangkuk ' all white' sama jugak la dengan bunga, kadang2 mak datang, eh...tak de warna lain ker dalam dunia ni? Putihpun lawa ker... Heee, lain orang lain citarasa... 
 

Thursday 18 July 2013

Bermulalah projek rekabentuk semester ini...

Semester ini, buat semester ke 14 mengajar, kelas design antara kelas kegemaran aku, kerja2 studio semester 6 ni memerlukan komitmen yang tinggi oleh pelajar kerana studio rekabentuk sahaja menyumbang 7 kredit dan dalam masa seminggu ada 12 jam pertemuan secara formal. Dah nama pun kredit tinggi, maka impaknya sekiranya pelajar dapat result yang teruk amat besar, begitu juga sekiranya mereka score. Sebagai pensyarah, gembira dapat tahu ramai student yang aku ajar dapat menyambung pelajaran kat universiti...ke peringkat yang lebih tinggi...





Tuesday 16 July 2013

Hilang 3 bulan...

Sejak dua menjak ni, memang sibuk...bukan hilang ke manapun,tapi sejak masuk line pengurusannya, lagi bertambah2 la kerjanya... sampai berbulan-bulan tak update, dah naik bersawang da blog ni.... So, cerita pasal kerja memang tak pernah habis, utk realise tension, baik kita cerita pasal rumah, anak-anak dan en.hubby, baru seronok... bukan kerja tak seronok, tapi anak2 banyak cerita utk dikongsi... Alya,terbaru sudah masuk stage awal nak merangkak, ikutkan Alya hujung bulan ni dah masuk 9 bulan pada zahirnya, tapi baby premature mempunyai carta sendiri, dia baru dikira 7 bulan sesuai dengan usia sepatutnya dia keluar dari perut ibu... So, kelakar sangat tgk aksi dia sekarang...pantang lepa, mesti nak kutip semua benda kat lantai, haiii, kali ni, hari2 la nka kena vakum umah.... takpe la nak, asal ko selamat...