Monday 28 May 2012

Sambal kelapa punya pasal

Ahad lalu, lepas hantar mak mertua nak berangkat buat umrah...aku tiba2 teringat nak makan sambal kelapa atau orang Terengganu panggil sambal nyior...punya la pusing satu Kuantan cari bahan2 dia, maklumla kalau mengidam dan2 tu jugak nak makan.... dah dua tiga hari lalu aku bising suruh hubby aku carik mempelam muda, tapi tak berjaya katanya... kalau ikutkan dekat Beserah tu banyak je buah pauh muda dekat pokok2 orang, tapi takkan aku nak bagi salam then kata, "makcik2.... nak beli buah pelam ni dua tiga bijik bleh...saya tengah mengidam".... Akupun pusing la kat pasar basah pun tak jumpa, last2 aku decide beli buah mangga harumanis kat kdai buah yang tak cukup masak utk dibuat sambal... then masukkan kelubi dua bijik bagi masam.... Lepas tu, carik la pula kelapa parut kat kedai uncle tu.... Cili padi n ikan kembung pun dibeli sama.... Balik, tak sempat buat apa, aku terus ke dapur, masak nasik, panggang ikan kembung, then mulala kopek buah  mempelam tadi, then ditumbuk semua bahan termasuk kelapa parut sampai hancur dlm lesung n masuk sedikit garam... Masuk cili padi...sungguh menggamit  nostalgia lama..sambal kesukaan nenek aku, waktu dulu2 dia selalu buat untuk aku.... Sempatla dalam mual2 tu aku masak kari kepala ikan kat hubby... then goreng ikan,...sungguh berselera aku makan tengahari tu.... best... bleh try...

Friday 25 May 2012

Mood:Penat

Mood utk menulis sepanjang sebulan ni kureng sikit dek kerana waktu malam aku dah mula tired.... Terasa nak tido cepat jer lately coz kali ni, loya aku bukannya time pagi, tapi start jam 7 malam to 7 pagi, lain macam sket kali ni ( aii, ada can dapat bb girl ker???). Jawapannya, terserah kepada Tuhan kerana dia lebih mengetahui apa yang dikurniakan kepada kita... Kalau ditanya hubby aku, dia makin suka kalau kalau boy walaupun buat kali ke-4 utk cukupkan team futsal dia. Tapi, seperti ibu2 yang lain, of course la aku still berangan nak sorang bb girl, bukan apa... dapatla tlg aku  bab2 dapur... Ahh, tapi itu lambat lagi, hujung tahun ni panjang lagi... Ok, cerita bab2 loya ni, kali ni teruk sket compare anak ke2 dan ke3. Masa anak first dulu, tuhan aje yang tahu, semua benda yang aku makan, pasti muntah balik.... perghh seksa... then 2 dan 3 dah takde mual2, tapi kali ni dia dah start balik.... Tiap2 malam utk first trimester ni, aku akan cari asam or something utk aku kemam....Dan sejak itu, aku memang dah bekukan tugas masak-memasak buat seketika ini, 
... Sori ye abang, harap faham.... 

Thursday 17 May 2012

Buat apa kat opis hari ni?

Mengajar semester ni dah habis, exam pun dah habis. Students pun dah balik kampung... So hari ni datang opis buat apa ye? Hari ni seawal 8 pagi, tiba2 terasa nak mengemas laci aku. Kalau ikutkan 5S, pen dalam laci 3 jenis jer.. tapi, faham2 la kalau dah mengajar architecture tu, kalau tak penuh satu laci tu tak sah, dengan pensilnya, dengan pen2 nya, marker lagi. Aku tak kira, pen2 tu dah aku tempatkan dalam satu kotak rahsia... hehe. Pastu pegi breakfast.
 Lepas tu sambung keja dengan mengemaskini nota2 untuk semester depan. nasib baikla aku mengajar subjek yang sama, bukan apa. Kalau subjek baru dibuatnya bersalin awal sapa nak take over. Kurang2 untuk subjek ni aku dah ada nota, cuma perlu dikemaskini aje. 
Lepas tu, boring buat nota, belek2 la majalah sket utk menambah ilmu....
 Target aku, cuti ni kurang2 aku dapat baca semua majalah yang aku dah beli 3 bulan lepas, tapi masih takde kesempatan nak baca....
Sibuk la jugak walau students cuti, 2 hari lepas baru balik dr KL utk pergi ke Nippon Paints Launching bagi Young Designer Competition 2012 utk penyertaan students aku sem depan. Aku  masih belum cuti coz nak tunggu cuti sekolah... walaupun cuti masih berbaki 37 hari lagi ( Setiap tahun pun aku cuma ambik cuti +- 15 hari jer, yang lain masuk GCR daa... bukan taknak cuti, tapi kalau dah start mengajar memang susah nak cuti).

So, tak lunch ker? Nak dipendekkan cerita, aku makan nasi lemak yang aku tapau dr rumah, Aku masak jam 5.30 am tadi utk breakfast sepupu lelaki aku yang baru tiba dari Trg... jam 2.30pg tadi... (bayangkan, pegi ambik daun pandan kat luar umah jam 5.30 pagi, takut la jugak, semua orang dlm umh tu tido lagi... So, lunch sudah tapi aku rasa nak makan sesuatu yang dingin, yup... aiskrim (mengidam ker).. GTG utg keluar beli aiskrim...byeee


Sunday 13 May 2012

Jalan-jalan ke Tasik Chini


Hari ni sempatla aku bawak anak2 naik bot ke Tasik Chini, Pahang. Asalnya, hari ni ada kenduri adik jiran aku di Felda Chini 4.  Mulanya, memang tak rancang nak pegi Tasik Chini dan naik bot tu. Tapi memandangkan dah dekat dgn tasik tu, kami pegi la… takutla jugak coz bot tu muat2 8 orang dewasa je…Sebelum ni aku pernah naik feri masa study kat Penang dulu, naik feri ke Langkawi. Tapi semuanya besar2 dan dah tak takut sangat. Tapi hari ni pengalaman naik bot ni benar2 mengujakan aku….tambah pula bila naik dengan anak2 aku, ish takut n berdebar pun ada. Tapi, Alhamdulillah, semuanya ok, perjalanan merentasi tasik Chini selama lebih kurang 1 jam tadi cukup memyeronokkan… Kami pergi bersama 2 keluarga jiran n anak2 dia… Bukan main seronok aku nampak budak2 tu….
 Adam nampaknya dah tak sabar2 nak naik bot....















Masa mula masuk bot, cuak jugak aku dibuatnya.... nasib baik anak2 aku duk diam, diorangpun takut agaknya :)













Tengok Aman, sampai dah tertido2... penat sangat agaknya, jalan2 dari pagi sampai petang...










Ni pula perkampungan orang Asli Jakun, menurut pembawa bot tersebut...

























Asif pun dah hampir tertido.... cian dia..













Ok dah nak sampai jeti, masa untuk pulang...Cuma aku mencari teratai2 di Tasik Chini, semuanya dah takde, cuma aku dapat tgk daun teratai jer... mungkin cuaca sekarang panas sgt agaknya...
Tamat...

Tuesday 8 May 2012

Berakhir lah sudah Final Portfolio DSB6

Berakhir lah sudah Final Portfolio DSB6, maka berakhirlah segala penat lelah dan pahit jerih yang dicurahkan selama 4 bulan ni, So.... keputusannya bakal keluar nanti samada dapat A, B, C, D  atau E (jika ada).... So, kat n3 ini sempatla aku upload beberapa board projek diorang, yang sitenya dekat Pekan, Pahang....


Ini hasil kerja Zulkefli....
dan ini pula daripada Suhail..



Dan dibawah ini pula hasil kerja Amir..
Manakala yang bawah ini adalah hasil drp Shakir..

Dan yang bawah ni pulak hasil kerja Muaz,
dan 3Dnya...

Dan yang ini pula sebahagian daripada hasil kerja dari Shamsul Nizam...
Master Plan ni sepatutnya kena detail, tapi disebabkan kekangan masa (aku agak) dlm 15 week ini, inilah yang termampu.... Walau apapun, aku still ucapkan tahniah kepada diorang...


So, inilah contoh2 lukisan persembahan hasil kerja pelajar Design 4 untuk semester ni, banyak lagi sebenarnya, tapi dah tak larat nak upload....