Tuesday 29 November 2011

Kejora


Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati
Halusnya lengang sehalus
Sutra cinta

Melembutkan setiap kata
Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita
Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku
Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku
 jiwang la pulak, tapi ni lagu yang aku suka

sambutan hari raya di jabatan

Sebenarnya, gambar2 ni dah lama diambil- Aidilfitri 2011 , tapi baru hari ni sempat nak upload kat n3 ni, seronok bila tgk balik gambar2 ni bersama student yang disayangi sekalian...... Majlis sambutan ni melibatkan satu jabatan, 3 unit iaitu senibina, kejuruteraan awam dan ukur tanah... Seronok bila tgk semua orang happy!
 Semua kawan2 aku bukan main 
 seronok..
 Semua beratur macam nak beli tiket bola la pulakkk....

 Setiap kelas ditugaskan menyediakan menu berbeza2 supaya semua dapat rasa makanan lain2 mengikut selera. Student makan kat dataran coz diorang ramai, hampir seribu orang lebih pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam ni, lecturer pula sekitar 125 orang.
Kelas ni nampaknya buat laksa kot, isshhh sedapnya laksa, tak kirala laksa penang ka, laksa trg ke, sume best!!!
Amboi Nas, ingat org belakang ....

  Aii, semua orang senyum nampak gigi except mawar
 Antara VIP yang hadir, Timbalan Pengarah POLISAS, En. Fauzi berkemeja biru (waktu tu, tp sekarang dia dah jd Pengarah n pindah)
 Semua da kenyang.... Alhamdulillah

hobi sejak tingkatan 2

Masih aku ingat, time aku form 2 dulu.....selalu tolong mak sulam baju, time tu aku dah pandai menyulam guna mesin sulam, mak aku tukang jahit....so, time nak siapkan tempahan terutamanya hari raya or raya haji....so,  mak akun mula sibuk menyiapkannya. Tapi, satu la aku salute kat mak aku, sejak dua puluh tahun menjahit, dia tak pernah kecewakan orang terutamanya untuk hari raya.....  sulam manik dah glamor waktu tu....
Hingga sekarang aku meminati sulam manik, kalau ada masa sengang or waktu boring2 tak tau nak buat apa, aku akan menjahit manik.... Ni antara terapi bagi aku.
Manik2 ni aku beli kat Kelantan waktu ada kursus kat sana itu ari, berhabis la jgk buat beli manik... tapi takpela sebab da hobi kan, semua utk baju aku la jugakkan. Kawan2 pun ada tanya n nak tempah, tapi buat masa ini belum sempat lagi kot, tunggu anak kecik besar dulu (pastu ada anak keck balik, aiii kalau camtu bilala aku nak buat bisness nii :)
Satu lagi hobi aku sejak kecik ialah buat gubahan dan hantaran kawen..... seingat aku, aku dah mula menolong makcik2 kat kampung dulu sejak aku tingkatan 4, hinggakan pagi hari aku kahwin pun aku siapkan hantaran sireh utk majlis kahwin sendiri.... Hobi ni pun aku buat suka2....
 Tolong kawan untuk majlis kahwin dia 2 tahun lepas.... Theme : Red +White = pihak pompuan, n Theme: Blue + White = pihak lelaki.......
Baru-baru nie, adik ipar aku kahwin lepas aidilfitri..... so aku ada buat gubahan utk dia.....n tart buah sekali...... penghargaan untuk sambut ahli keluarga baru.
 Pasangan ni nak tema simple n modern sket using green and white.
hantaran sireh ni kalau ikutkan aku nak buat guna original sireh, tapi mak mertua aku cakap guna artificial jer coz fandi n dayah bleh simpan kat rumah dia nanti.....
 Pada hari majlis, aku turut menyediakan tart buah utk pengantin...... saja suka-suka
Anak2 aku boring jer menunggu hingga majlis selesai....
 Akhirnya, pengantin tiba...
Selamat Pengantin Baru Untuk Fandi & Dayah, semoga kekal hingga ke anak cucu........

Monday 28 November 2011

final portfolio student sesi jun 2011

Kali ni aku bertugas 3 kali pada hari portfolio. Utk student architecture, portfolio sama jugak macam final viva etc. So, pada hari ini diorang wajib hadir dan present kepada kami tentang projek rekabentuk yang telah dilaksanakan. Pada first day aku bertugas, menjadi panel untuk pelajar SSB4, last batch for certificate programme.
Bangga jugak aku dengan design beberapa orang student kali ni, ada peningkatan....

Masih aku ingat masa time aku study architecture dulu, sama macam diorang, sahkan tido, makan minum tu pun tak berapa nak cukup.... bukan sebab takde duit, tapi tak berapa ada masa. TAPI, lepas je submission, kami akan berjalan2 , shopping n qada tido...hehe.. Seronok ingat balik time student dulu. Aku rasa, architecture memang macam tu, bukan belajar aje, waktu keja pun sama, sebab tu aku berhenti jd arkitek dulu, tak tahan tambah kalau dah beranak pinak. Tapi takpela, mengajar architecture ni pun seronok jugak, dlm bidang kira okla tu....
 Pada keesokan harinya, aku menjadi panel untuk DSB3A dan 3B  pula, student diploma senibina semester 3. 
Hasil persembahan diorang ada yang bagus dan ada yang tidak, yang aku tunjuk ni antara yang ok la...
 Tapi aku rasa overall tu bagus dan fresh ideas from them....
 Antara gambar board presentation yang sempat diambil.
Masa student ni memang kita rasa penat, tapi sebenarnya masa da keja ianya berbaloi kerana pengalaman yang ditimba itu akan dibawa sampai ke tua... 

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dan sebaliknya.
 Dan penutup minggu portfolio, mestilah semester yang aku ajar, DSB6, semester akhir sebelum diorang grad. Tapi jadual kali ini padat, coz sehari sebelum portfolio tu, aku n student DSB5 dan 6 kena pergi majlis Closing Ceremony Nippon Paints Young Designer Award dekat Shah Alam Convention Center. Bayangkan dengan kena siapkan markah diorang lagi, aku bertungkus-lumus bersama dengan student dan lecturer lain menyiapkan costum utk diorang pakai waktu events tu... 
 Costum daripada bahan terpakai, seiring dengan tema yang diberi...
Penat tak payah kira la, petang buat kostum, subuh esok da kena gerak ke Shah Alam, balik jam 8 ke Kuantan, sampai jam 1 pagi dirumah. Aku balik anak2 dan hubby da tido. Aku tak terus tido, tapi bukak laptop siapkan markah diorang sampai jam 3 pagi. Esok portfolio jam 8.30 pagi, perghh... penat tuhan saja yang tahu... bukan aku saja, tapi student semseter 5 dan 6 especially coz diorang akan ada sesi viva tu dan juga lecturer yang jadik panel ( semua lecturer sama yang pegi ke SACC tu). Tapi alhamdulillah, semua da selesai.



 
 
Panel tengah pening ker??




Good Luck To U All!!...